PROPAGANDA KUMBANG KENTANG AMIKAFER

Perang melawan kumbang kentang adalah kempen yang dilancarkan di negara-negara Warsaw Pact semasa Perang Dingin untuk membasmi kumbang kentang Colorado. Ia juga merupakan operasi propaganda yang menuduh bahawa serangga itu dihantar ke Jerman Timur, Republik Rakyat Poland dan Republik Czechoslovakia oleh Amerika Syarikat sebagai bentuk perang entomologi. Propaganda komunis pada masa itu mendakwa bahawa serangga itu dijatuhkan dari payung terjun dan belon, dengan tujuan merosakkan sumber pertanian, menyebabkan kebuluran, dan memicu krisis ekonomi.
Selepas Perang Dunia II, hampir separuh dari semua ladang kentang di zon yang diduduki Soviet dijangkiti kumbang pada tahun 1950. Di Jerman Timur pada tahun 1950-an, serangga itu dikenali sebagai “Amikafer”, neologisme untuk “Amerikanischer Kafer” “kumbang Amerika”. Poster propaganda dikeluarkan menggambarkan kumbang bergerak ke seluruh Jerman, dengan jalur kuning dan hitamnya diubah dengan warna merah dan putih dengan bintang-bintang putih pada latar belakang biru di dada. Poster lain menunjukkan kumbang dijatuhkan dari pesawat Amerika dengan tulisan “Kampf fur den Frieden” “Pertempuran untuk perdamaian”. Surat dikeluarkan untuk “orang-orang di dunia”, yang menyatakan bahawa “kumbang lebih kecil daripada bom atom.Mereka menentang naratif Barat yang mendakwa kemunculan kumbang sebagai “fenomena semula jadi”. Kanak-kanak di seluruh negara mengumpulkan serangga tersebut selepas waktu persekolahan.Kanak-kanak menangkap 20 hingga 25 kumbang sehari, kemudian kumbang itu dimusnahkan jauh dari ladang.


Kumbang kentang Colorado adalah spesies invasif yang berasal dari wilayah Barat Daya Amerika Utara. Ia memiliki badan berbentuk bujur yang panjangnya hanya tiga ke lapan inci. Thoraxnya berwarna kuning-oren dan mempunyai 10 jalur hitam yang melintasi memanjang, kepalanya berwarna oren dan mempunyai kaki oren yang menjadi hitam di kaki. Ia mempunyai sayap putih separa jernih dan sesungut oren yang bertukar menjadi hitam ke arah hujungnya. Larvanya jauh lebih kecil dan berwarna merah dengan bintik-bintik hitam di kedua sisi badannya. Semasa dewasa, ia berubah kepada warna merah jambu sebelum berubah menjadi dewasa.
Kumbang ini umumnya memakan batang dan batang kentang tetapi juga akan memakan tanaman lain dari keluarga nightshade, seperti tomato dan lada. Larva serangga ini menyebabkan 75% kerosakan tanaman ketika dalam proses perkembangan, sepantas 10 hari. Ini menjadikan pembunuhan telur dan larva menjadi keutamaan ketika membasmi perosak tersebut, sayangnya ia sukar dibunuh tanpa usaha yang berdedikasi dan banyak yang tidak menyedari serangan sehingga telur sudah menetas dan memusnahkan tanaman.


Bagaimana kerajaan Jerman Timur mendapat idea itu? Pertama setiap kali ada pesawat kargo Amerika yang terbang ke Jerman Timur namun ini kerana mereka dalam misi rutin menghantar bekalan ke Jerman Barat. Kedua, idea untuk menghantar kumbang kentang bagi memusnahkan tanaman telah wujud sejak beberapa dekad. Orang Perancis dan Inggeris pernah mengkaji untuk menghantar kumbang kentang bagi memusnahkan sumber makanan di Jerman semasa Perang Dunia Pertama, tetapi Britain kekurangan sumber daya dan Perancis takut serangan serangga itu akan merebak ke ladang tanaman mereka sendiri. Ketika Perang Dunia Kedua, Jerman telah menemui rancangan tersebut di makmal senjata biologi Perancis yang diserbu untuk menghantar serangga perosak tersebut pada tanaman Jerman. Jerman berusaha untuk mengembangkan tentera serangga semasa Perang Dunia II, dan pada masa yang sama menuduh bahawa program seperti itu dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Inggeris, dan memulakan kempen yang mendakwa bahawa AS sedang melakukan perang etimologi.Penemuan ini membuat kepemimpinan Jerman menyedari bahawa mereka berada di belakang musuh mereka ketika menghadapi perang biologi.Semasa Perang Dunia Kedua , kedua-dua rejim Nazi dan Sekutu mendakwa bahawa kumbang Colorado telah dijatuhkan dari pesawat di wilayah musuh masing-masing. Meskipun tidak ada bukti untuk ini, kumbang kentang dibiakkan pada tahun 1943 oleh tentera Jerman, dan dijatuhkan di Palatinate (di Speyer) bagi menguji kesesuaiannya sebagai senjata biologi.

Dalam jangkamasa yang lama, mengumpulkan kumbang adalah satu-satunya cara yang berkesan untuk mengawal kumbang. Kemudian, arsenik berkapur dan karbon disulfida mula digunakan namun serangga ini membina kekebalan terhadap racun tersebut. Pada tahun 1950-an, racun perosak kimia berdasarkan sebatian hidrokarbon siklik berklorin seperti DDT ( dichlorodiphenyltrichloroethane ) atau lindane digunakan. Selepas itu, racun serangga lain digunakan tetapi ini akhirnya mengalami masalah yang serupa.
Pihak berkuasa komunis menyedari bahawa kewujudan kumbang kentang jajahan sosialis Jerman bukanlah plot Amerika, tetapi menggunakan perosak kumbang kentang Colorado untuk keuntungan mereka dalam kempen propaganda hebat yang berlangsung hingga awal tahun 1960-an.

AGBOGBLOSHIE:PUSAT LONGGOKAN E-SISA TERBESAR DUNIA

Agbogbloshie adalah nama gelaran daerah komersial di Korle Lagoon di Sungai Odaw, berhampiran dengan pusat bandar Accra , ibukota Ghana,berhampiran penempatan setinggan bernama “Old Fadama”, Agbogbloshie menjadi dikenal sebagai destinasi pengumpulan e-sisa yang dihasilkan dari seluruh bandar Accra. Ia berada di tengah-tengah rangkaian pengeksportan sah dan tidak sah bagi lambakan e-sisa dari negara-negara perindustrian. E-sisa atau e-waste secara amnya merujuk kepada pelbagai peralatan elektronik yang rosak dan dibuang seperti komputer,peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, dan televisyen.

5fd21957-f96a-4391-bc0b-33bc74566cf6-2060x1368
Para peniaga dari Eropah, Amerika Syarikat, China dan India melabelnya sebagai bekas untuk”Bantuan Pembangunan” atau “Produk Kedua”, dan pada akhirnya, sehingga 500 bekas mencari cara mereka, secara haram,hingga ke Tema Harbour, 20 batu timur Agbogbloshie. Pelanggan di seluruh dunia mengharapkan kitar semula yang sewajarnya, tetapi pembuangan secara haram menjadi perniagaan yang menguntungkan.Disebabkan komposisi heterogen bahan-bahan ini, proses kitar semula secara selamat adalah rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi.

5Vg82T7

Ghana mengimport sekitar 215,000 tan e-sisa setiap tahun dari luar negara, terutamanya dari Eropah Barat, dan menghasilkan 129,000 tan yang lain setiap tahun. Kira-kira separuh daripada import ini boleh digunakan dengan segera, atau dibaikpulih dan dijual.Sisa bahan tersebut dikitar semula dan bahagian berharga diselamatkan.Walau bagaimanapun Agbogbloshie merupakan bencana kepada sosio-ekonomi dan alam sekitar. Adalah dianggarkan bahawa pembuangan e-waste di Agbogbloshie akan meningkat dua kali ganda pada tahun 2020. 40,000 penduduk menggelar kawasan ini sebagai “Sodom dan Gomorrah”.

Di Agbogbloshie kanak – kanak berumur 7 hingga 25 tahun menggunakan batu dan perkakas mudah untuk meleraikan TV dan komputer bagi mendapatkan logam, terutama tembaga. Mereka akan mendapat kira-kira $ 2.50 setiap hari. Kebanyakan mereka, berharap untuk masa depan yang lebih baik, meninggalkan keluarga mereka dari kawasan utara dan barat yang miskin di Ghana demi pekerjaan ini. Pemprosesan dan pembuangan e-sisa di Agbogbloshie menyebabkan pencemaran alam sekitar yang serius.

55d93a43-a85f-4e6d-afec-7270df7d66e7-2060x1373
Kecederaan seperti luka terbakar, luka yang tidak dirawat, masalah paru-paru, kerosakan mata, dan masalah punggung serta mual kronik, anoreksia, sakit kepala yang melemahkan dan masalah pernafasan. Hampir setiap orang mengalami insomnia. Asap dan toksin yang tidak kelihatan (terutamanya kadmium) memudaratkan pekerja yang cuai kerana mereka tidak tahu tentang risiko kanser dan berjalan menggunakan kasut kasut tipis. Kebanyakan mereka mati akibat kanser semasa berusia 20-an.

Gambar-gambar dari tapak pelupusan e-sisa Agbogbloshie menunjukkan pekerja-pekerja membakar wayar dari alat keluaran auto dan elektronik yang dibungkus plastik untuk mendapatkan tembaga. Pembungkus styrofoam digunakan sebagai bahan api untuk membakar di kawasan terbuka. Kabel juga mengandungi pelbagai logam berat, termasuk plumbum. Pada tahap tertentu, logam-logam ini boleh terbebas dalam bentuk zarah melalui asap, manakala sejumlah besarnya tertinggal di tanah. Pencemaran plumbum sebahagian besarnya disebabkan pembakaran plastik daripada wayar tembaga. Penebat PVC mengandungi kira-kira 3000 mg / kg plumbum sebagai pengukuh, dan plumbum ini dibebaskan semasa pembakaran.Kaca yang mengandungi plumbum digunakan dalam monitor komputer ( tiub CRT ) juga menyumbang kepada paras pencemaran tanah yang tinggi.

ad19504e-599f-4c0e-9ba8-8fc492e8dbc1-2060x1373

E-sisa mengandungi bahan kimia toksik yang dibebaskan ke dalam tanah, air dan atmosfera apabila elektronik dipecah, dibakar dan diproses. Memproses e-sisa memberikan ancaman kesihatan yang serius kepada pekerja di Agbogbloshie. Asap yang dikeluarkan dari pembakaran plastik dan logam terdiri daripada bahan kimia dan karsinogen yang sangat toksik .Pekerja sering menyedut plumbum, kadmium , dioksin , furans , phthalates dan brominated flame retardants (BFRs) . Pendedahan kepada asap ini amat berbahaya kepada kanak-kanak, kerana toksin ini diketahui mengganggu perkembangan sistem pembiakan , sistem saraf , dan otak khususnya. Di kawasan pemprosesan e-sisa yang sama, 80% kanak-kanak mempunyai paras plumbum pada tahap yang berbahaya dalam darah mereka . Penduduk sering mengalami mual kronik , sakit kepala , dada dan masalah pernafasan .Tahap toksin yang tinggi juga telah ditemui dalam sampel tanah dan makanan , kerana bahan kimia ini berada dalam rantaian makanan .Bahan toksik ini boleh meresap ke dalam tanah dan air di sekitarnya lalu menyebabkan pencemaran.

4cca3fb2-02c2-4664-b750-d038966febe2-2060x1379
Ujian makmal Greenpeace telah menunjukkan air dan tanah dari kawasan-kawasan di Agbogbloshie mengandungi kepekatan bahan kimia pada tahap seratus kali lebih banyak daripada jumlah yang dibenarkan.

Korle Lagoon , yang terletak di Agbogbloshie, mempunyai kadar oksigen terlarut yang sangat rendah , akibat daripada jumlah besar sisa domestik dan industri dan tidak terkawal yang masuk ke dalam air. Kajian menunjukkan bahawa pintu masuk ke lagun sangat tercemar dan tidak sesuai untuk hubungan primer atau sekunder, disebabkan jumlah bakteria yang banyak .

Selain itu,e-sisa memberikan ancaman keselamatan kepada individu dan negara pengeksport. Kebocoran data yang berlaku akibat cakera keras yang tidak dipadamkan dengan betul sebelum komputer dilupuskan boleh dibuka semula, mendedahkan maklumat sensitif. Nombor kad kredit , data kewangan peribadi, maklumat akaun dan rekod urus niaga dalam talian boleh diakses oleh individu yang berkepakaran. Penjenayah terancang di Ghana sering mencari cakera keras untuk mendapatkan maklumat yang digunakan dalam sindiket penipuan .
Kerajaan Ghana telah berusaha untuk memulihkan kawasan tersebut menerusi “Korle Lagoon Ecological Restoration Project” (KLERP). Pada tahun 2003, Dana OPEC untuk Pembangunan Antarabangsa , Bank Pembangunan Ekonomi Arab di Afrika , dan Dana Kuwait untuk Pembangunan Ekonomi Arab memberi pinjaman untuk projek ini dengan jangkaan bahawa kerajaan Ghana mengorek lagun dan memulihkan persekitarannya.Matlamat lain projek termasuklah mengurangkan banjir , meningkatkan pertambahan hidupan marin , meningkatkan kualiti air dan meningkatkan kebersihan umum.

Usaha pemulihan ini telah dipertikaikan oleh penduduk Agbogbloshie. KLERP menghendaki orang ramai meninggalkan kawasan tersebut, yang merupakan satu-satunya tempat untuk majoriti penduduk setinggan. Dewan Metropolitan Accra (AMA) terus berusaha mengusir rakyat, tetapi mendapat banyak tentangan.
Pada tahun 2014, NGO Pure Earth (Institut Blacksmith secara rasmi) membiayai penubuhan Pusat Kitar Semula Tembaga di Agbogbloshie dan membantu memasang beberapa mesin automatik bagi memudahkan penyingkiran salutan plastik dan mengurangkan pembakaran. Usaha kelihatan agak berjaya namun aktiviti pembakaran tetap berlaku.

INSIDEN BUNUH DIRI BESAR-BESARAN JONESTOWN

Insiden bunuh diri besar besaran Jonestown Massacre  yang berlaku di Guyana pada 18 November 1978 merupakan satu peristiwa menyayat hati yang telah menggemparkan dunia..Seramai 918 orang mangsa termasuk 267 kanak-kanak mati dalam kejadian tersebut setelah meminum jus anggur yg dicampur dengan sianida dan sedatif.Peristiwa ini cukup menggemparkan dunia dan sehingga kini masih menjadi misteri tentang bagaimana mungkin beratus-ratus orang dalam masa yang sama melakukan bunuh diri.Pemimpin Peoples Temple Jim Jones, juga turut mati. Tak seperti pengikutnya yang meninggal akibat meminum minuman jus anggur yang telah dicampur dengan valium dan sianida, ia memilih untuk menembak kepalanya sendiri.

jonestown-suicide-massacre

Jones mengembangkan kepercayaan yang dipanggil Translation dimana dia dan pengikut-pengikutnya akan mati bersama dan akan pindah ke planet lain untuk hidup yang aman. Bunuh diri besar-besaran ini sebelumnya telah dipraktikkan oleh para pengikutnya dengan cara berpura-pura meminum racun dan rebah ke tanah. The People’s Temple atau Kuil Rakyat adalah sebuah kultus yang terbentuk di Indiana pada tahun 1955. Jim Jones menyebarkan khutbah yang (sebenarnya) disadur dari agama Kristian, komunisme, dan sosialisme.

Latar belakang kejadian ini adalah pada tahun 1970an hingga 1980an ketika kehidupan masyarakat di Amerika masih tegar dengan sentimen bangsa di mana masyarakat kulit hitam sering mengalami diskriminasi dalam mendapatkan layanan umum.

Peoples Temple adalah kultus agama yang diasaskan pada tahun 1955 oleh James

1479490412-Jonestown-Remains
Jims Jones

Warren Jones (1931-1978) atau Jim Jones. Pada mulanya Peoples Temple dwujudkan sebagai pertubuhan antara bangsa untuk orang sakit, gelandangan dan penganggur. Ia memiliki lebih dari 900 pengikut di Indianapolis sejak tahun 1950. Markas utama organisasi ini berada di San Fransisco dan mulai berkembang ke 12 kawasan di California pada pertengahan 1970an.Disebabkan mendapat banyak sokongan daripada kaum kulit hitam serta sebahagian kulit putih maka pengaruh mereka meluas ke San Fransisco dan bandar-bandar lain. Ini menyebabkan Jim Jones mendapat anugerah “The Martin Luther King Jr. Humanitarian Award”. Pengaruh Jim Jones juga membangkitkan simpati dan sokongan dari pelbagai pemimpin politik. Hal tersebut mendorong sebahagian masyarakat kulit putih untuk melakukan kempen kesamarataan seperti yang dilakukan oleh Jim Jones yang menyatukan golongan masyarakat bawah di gerejanya di Indianapolis.

5195400980_ba872ae254_o
Tugu Peringatan Tragedi Jonestown

Tahun 1960 Jones mulai mengajarkan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Protestan, hal ini mungkin di latar belakangi oleh afiliasinya dengan komunis. Penentangannya terhadap ajaran Protestan hingga menolak Bible dan mengaku dirinya adalah Jesus.

Namun banyak media massa yang mengatakan bahwa ajaran Jones ini sebagai ajaran sesat yang berbahaya, tekanan media ini menyebabkan Jones dan pengikutnya berpindah-pindah hingga akhirnya mereka menghuni sebuah tempat wilayah di Amerika Selatan, yaitu Guyana.Tempat yang terpencil ini dinamakan sebagai Jonestown oleh mereka. Bagi mereka tempat tersebut adalah syurga yang sempurna. Mereka menyewa tempat tersebut dari pemerintah Guyana di bawah nama People Temples Agricultural Project.

Tidak seperti tempat ideal yang dibayangkan pengikutnya, Jones mengelolanya itu seperti kem tahanan. Di sana pengikutnya hanya dipaksa bekerja dan menerima sedikit makanan. Mereka tidak diizinkan meninggalkan penempatan tersebut, di mana daerah sempadannya dikawal oleh orang bersenjata.

Takut mendapat serangan dari pengikutnya sendiri, Jones mulai melakukan latihan bunuh diri yang dikenal dengan White Nights. Ia membangunkan pengikutnya pada malam hari.Pengikutnya diberitahu mereka perlu meminum cecair berwarna merah mengandungi racun. Setelah 45 minit, mereka diberitahu tidak akan mati kerana hanya itu cara Jones menguji kesetiaan pengikutnya.

Sejak 1970an, Jones telah banyak melakukan penyalahgunaan dadah dan menimbulkan ketakutan bagi segelintir orang.Banyak orang yang bergabung dan banyak juga orang yang keluar dari Peoples Temple. Tim Stoen, orang kanan Jim Jones, memilih keluar untuk membentuk sebuah kelompok yang disebut ‘Concerned Relatives’. Mereka mendakwa Jonestown bergerak seperti kem tahanan, dan orang-orang yang sedang ditahan di sana sebenarnya bertentangan dengan kemahuan mereka.

Keprihatinan ini menyebabkan Leo Ryan, seorang anggota Kongres, untuk melakukan lawatan peribadi ke Jonestown pada bulan November 1978. Pada awalnya, kunjungan Ryan berjalan lancar. Kemudian, pada 18 November 1978, 16 pengikut Peoples Temple memutuskan bahawa mereka ingin meninggalkan Jonestown. Ketika Ryan beserta yang lainnya sedang menunggu di Bandar Udara Kiatuma Port, beberapa orang bersenjata datang dan melakukan serangan.Ryan beserta empat orang lain mati, 11 telah cedera.

Jonestown Mass SuicidePada tarikh yang sama iaitu pada 18 November Jones mengumpulkan para pemimpin jemaah dan memberi amaran bahawa selepas pembunuhan rombongan Kongres yang dipimpin oleh Ryan, fasisme pasti akan memusnahkan Kuil Rakyat, sehingga pada hari yang sama Jones memerintahkan kepada para pengikutnya untuk melakukan bunuh diri beramai-ramai terhadap semua anggota mazhab yang berada di Jonestown dengan meminum jus anggur yang dicampur sianida dan sejumlah obat penenang, termasuk Valium , Penegram, dan Chloral Hydrate. Mangsa lain turut dibunuh dengan suntikan sianida.

Ketika polis tiba di lokasi tersebut, mereka melihat pemandangan yang sangat mengerikan di mana beratus-ratus mayat berselerakan di mana-mana dan saling bertindih antara satu sama lain.

jonestown-massacre-09-ap-jef-180920_hpMain_2_12x5_992

Siasatan yang dijalankan juga mendapati Jim Jones memperoleh izin industri emas bagi membeli sianida dalam kuantiti yang besar. Industri emas menggunakan sianida sebagai bahan untuk membersihkan emas. Menurut siasatan, sumber dari ibu kota Guyana Georgetown memberitahu Jim Jones mulai pengiriman sianida untuk Jonestown pada 1976 – dua tahun sebelum pengikutnya berpindah ke kawasan tersebut. Jonestown Massacre Tape atau FBI Tape No Q-042 adalah rakaman audio 45 minit dari Jim Jones yang memberikan khutbah terakhirnya. Jim Jones merakam pidato terakhirnya serta saat-saat di mana para pengikutnya melakukan bunuh diri pada sebuah kaset audio.

Tidak lama selepas kejadian bunuh diri besar-besaran ini, bangunan yang pernah menjadi premis Peoples Temple di San Francisco yang terletak di 1849 Geary Boulevard di kawasan Western Addition dimusnahkan dan tak pernah dibangunkan, hingga akhirnya Jabatan Pos Amerika Syarikat membuka sebuah pejabat pos di kawasan tersebut selepas 20 tahun tragedi tersebut. Nombor telefon Peoples Temple, WAlnut 1-9654 tidak pernah diberikan kepada pelanggan yang lain. Lokasi asal Peoples Temple di Indianapolis kini dibangunkan Phoenix Theatre.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

12 LOGO RASIS YANG DIGUNAKAN DALAM PRODUK TERKENAL

negro-steel-woolNegro – Magic Steel Wool
Laman web Arab Kabobfest.com melaporkan bahawa produk bulu keluli ini dihasilkan oleh syarikat Jerman Oscar Weil, yang dimiliki oleh keluarga Jerman-Yahudi Weil. Weils telah ditolak oleh Nazi, tetapi syarikat itu dikembalikan kepada keluarga tersebut selepas Perang Dunia II. Logo “Negro – Magic Steel Wool” sebenarnya telah digunakan oleh syarikat pengimport dari Lebanon untuk memasarkan dan menjual bulu keluli di Timur Tengah. Bulu keluli ini adalah nombor satu paling laris di Timur Tengah.

aunt-jemima1-600x270

Aunt Jemima
Aunt Jemima boleh dikatakan sebagai jenama paling terkenal dan paling lama yang menggunakan karikatur perkauman bagi memasarkan produknya. Apabila Charles Rutt dan Charles G. Underwood mencipta tepung naik sendiri pada tahun 1889, Rutt menamakannya sebagai resipi Aunt Jemima selepas menonton pertunjukan minstrel yang menampilkan drama seorang pembantu rumah berkulit hitam yang bernama Jemima. Pada tahun 1989, Quaker Oats telah membeli Bibi Jemima Mill Co.Pada tahun 1926, imej Jemima telah diperbaharui kepada seorang wanita Afrika-Amerika moden. Tetapi nama asalnya tetap dikekalkan.

black-man-cookie-2-600x450
Black Man Cookie
Biskut pelik ini dibuat di Romania dan dipasarkan di Romania, Turki dan Albania. Ia dipanggil “Black Man” cookies, jelas merujuk kepada orang berkulit hitam. Biskut coklat berbentuk karikatur rasis ini memakai mantel dengan huruf “B” di dadanya, mempunyai rambut yang kelihatan kasar serta hidung dan bibir yang besar.

uncle-bens-logo
Uncle Ben’s Rice

Imej lelaki tua berkulit hitam telah digunakan dalam iklan untuk Uncle Ben Rice sejak 1946. Seperti produk Aunt Jemima, karikatur berunsur stereotaip perkauman yang berlanjutan selepas zaman perhambaan.Seperti Bibi Jemima,logo Uncle Ben telah dikemas kini bagi memaparkan orang kulit hitam yang lebih moden. Juga dalam kategori sama seperti jenama pancake, nama tersebut kekal, merana amalan orang kulit putih yang menggelar warga Afrika-Amerika yang tua sebagai “Pakcik (Uncle)” dan “makcik (Aunt)” kerana gelaran “Encik (Mr)” dan “Puan (Mrs)” dianggap tidak sesuai untuk orang berkulit hitam .

chiquita
Chiquita Bananas
Miss Chiquita, karikatur Amerika Latin yang seksi, digunakan untuk penjenamaan oleh syarikat pisang tersebut sejak 1944.
Miss Chiquita dianggap diinspirasikan dari pelakon dan penyanyi Brazil Carmen Miranda, yang muncul dalam iklan untuk pisang Chiquita. Pelakon itu telah dituduh mempromosikan stereotaip Latina eksotik kerana dia menjadi terkenal dengan memakai topi buah di kepalanya dengan pakaian tropika yang mendedahkan.Beberapa pengkritik berpendapat bahawa stereotaip ini lebih menyinggung kerana wanita, lelaki dan kanak-kanak yang bekerja di ladang pisang berkerjaya dalam keadaan yang teruk, sering jatuh sakit akibat dari pendedahan racun makhluk perosak.

land-o-lakes-butter-600x312
Land O’ Lakes Butter
Syarikat Land O’Lakes adalah salah satu pengeluar produk tenusu terbesar seperti mentega dan keju di Amerika Syarikat yang berpangkalan di Minnesota, dan logo yang memaparkan wanita pribumi telah menjadi logo pembungkusan mentega mereka sejak tahun 1928.
Logo “Land O Lakes” pada mentega dan produk lain mempunyai imej terkenal wanita pribumi Amerika yang melutut dengan cara yang bersemangat memperkenalkan mentega kepada pelanggan. Wanita pribumi itu dalam pakaian tradisional dengan sulaman manik, dengan dua braids panjang, rambut hitam lurus, dan juga memakai tudung dengan bulu yang melekat ke atas dengan wajah ceria ketika memperkenalkan produk itu.
Reka bentuk logo Land O’Lakes mengeksploitasi stereotaip perkauman budaya Native American dan aksi melutut imej gadis tersebut sebagai posisi penghambaan kepada pelanggan, menyampaikan mereka dengan produk sebagai seorang hamba. Bagi sesetengah pihak, wajah cantik dan ceria gadis itu menyembunyikan penderitaan yang telah dialami kaum pribumi di Amerika Syarikat.

cream-of-wheat-600x416
Cream of Wheat
Ketika Emery Mapes dari North Dakota Diamond Milling Co. yang ditubuhkan pada tahun 1893 mencari imej bagi memasarkan bubur sarapannya, yang kini dipanggil Cream of Wheat, mereka menggunakan imej lelaki berkulit hitam tidak berpendidikan, Koki adalah yang terbaik.

Dalam iklan yang dikeluarkan pada tahun 1921, imej tukang masak berkulit hitam yang tersenyum – yang diberi nama Rastus – memegang papan hitam yang bertulis: “Mungkin Cream of Wheat tidak mempunyai vitamin. Saya tidak tahu apa bendanya. Jika mereka mengatakan tiada apa dalam Cream of Wheat tetapi sedap untuk dimakan dan murah.Kosnya hanya 1 sen untuk hidangan yang besar ”

Rastus menampilkan imej lelaki kulit hitam itu sebagai bersifat keanak-anakan, hamba yang bukan membawa ancaman. Tujuannya adalah bagi menggambarkan bangsa Afrika-Amerika sebagai wujud dalam masa yang sama membuat orang-orang kulit putih Selatan merasai nostalgia di era perhambaan. Walaupun terdapat petisyen bagi penyingkiran karikatur tersebut,logo itu masih ada pada bungkusan promosi Cream of Wheat hingga hari ini.

chocolate-conguitos
Conguitos

Conguitos adalah versi M & Ms Sepanyol – snek kacang coklat yang bersalut. Perhatikan imej di mana nama tersebut mempunyai persamaan dengan nama Kongo, yang mungkin membayangkan di mana inspirasi bagi jenama itu berasal. Walaupun ini tidak benar, watak di bahagian depan bungkusan tersebut bercakap bagi pihak dirinya sendiri.

lakritsi
Fazer Licorice Sticks
Sejak 80 tahun, Fazer Licorice Sticks telah dibungkus kertas yang dihiasi dengan karikatur kulit hitam ” yang dianggap oleh kebanyakan rakyat Finland dianggap sebagai “imej yang akrab dan positif,” menurut syarikat itu. Dengan tekanan dari Kesatuan Eropah (EU), Agensi Pengguna Finland dan Ombudsman, media dan lain-lain telah memaksa syarikat Fazer menukar maskot “rasis” tersebut. Pada tahun 2007, Fazer mengumumkan bahawa ia akan menarik balik penggunaan karikatur dalam usaha untuk pasaran antarabangsa.

eskimo-pie-600x333
Eskimo Pie

Kebanyakan orang tidak tahu bahawa pergerakan perlahan dan kurangnya pengiklanan di utara Amerika Utara telah disebabkan oleh penentangan penggunaan perkataan ” Eskimo” bagi menggambarkan orang-orang dengan suku warisan Inuit . Oleh itu, jenama ais krim yang menggunakan istilah tersebut seolah-olah merupakan satu penghinaan bagi suku Amerika Utara menjadi subjek kontroversi pada tahun 2009 ketika seorang wanita Inuit Kanada mengatakan nama produk itu berunsur penghinaan. Walau bagaimanapun, publisiti yang buruk telah gagal meyakinkan pengilang Cadbury Pascall untuk mempertimbangkan nama baru.

cawy-watermelon-soda

Watermelon Soda

Kebanyakan orang berkulit hitam enggan makan tembikai di khalayak ramai kerana stereotaip perkauman yang dikaitkan dengan perhambaan, yang menunjukkan bahawa mereka amat menyukai buah tersebut. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang Cawy Bottling Co. yang berpangkalan di Miami daripada memasarkan soda tembikai dengan maskot yang menggambarkan imej seorang gadis kulit hitam yang bertocang yang memakan tembikai di satu pihak dan imej seorang budak lelaki kulit putih di sudut yang lain. Pada tahun 2009, Target menarikbalik pengeluaran minuman dari pasaran kerana menjual soda tembikai dengan imej kontroversial.
c1560cca-f38d-11e8-bbe8-afaa0960a632_972x_183135

Darkie

Ubat gigi dengan jenama “Darkie,” memaparkan imej lelaki berkulit hitam yang tersenyum sebagai logonya, telah dijual selama bertahun-tahun di pelbagai negara di Asia. Ia pada asalnya dibuat di Shanghai oleh Hawley & Hazel Chemical Co. sebelum dibeli oleh Colgate-Palmolive Co. Setelah menghadapi tekanan daripada para pemegang saham, kumpulan agama dan orang berkulit hitam, Colgate-Palmolive menjenamakan semula Darkie dan merekabentuk semula logonya.

namun begitu,menjenamakan semula dari Darkie ke Darlie nampaknya tidak banyak perubahan drastik; kerana, sementara logo itu berubah kepada seorang lelaki yang tersenyum dengan bertopi tetapi dalam bahasa Cina, “darlie” bermaksud “orang hitam,” menurut Wikipedia.
Produk ini masih dijual secara meluas di Asia hari ini,antaranya di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

PEMBUNUH MESIN LAYAN DIRI DI JEPUN

mesin copy

Pembunuh mesin layan diri di Jepun adalah satu siri jenayah keracunan bersiri pada pertengahan ’80an mirip kes pembunuhan Tylenol pada tahun 1982. Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam siri pembunuhan misteri yang mengejutkan di Jepun pada tahun 1985. Pembunuh telah meracuni berpuluh-puluh botol jus dan soda dan menyembunyikannya dalam mesin layan diri di seluruh negara. Racun yang digunakan adalah racun rumpai paraquat , yang sangat toksik dan sering digunakan sebagai kaedah bunuh diri. Ketika kejadian,  bahan itu terdapat di pasaran dalam bentuk cecair pada kepekatan 24%. Ia boleh dibeli dari kedai alat pertanian oleh pembeli yang berumur 18 tahun ke atas. Dos maut bagi paraquat adalah 15cc.

Bekas minuman yang dicemari racun itu akan diletakkan oleh pembunuh di dalam slot agihan mesin layan diri . Apabila seseorang membeli minuman pelanggan akan menyangka bernasib baik kerana menerima satu tin lagi minuman .Keracunan bersiri ini satu siri keracunan rawak di seluruh Jepun yang berlaku antara 30 April dan 17 November 1985.Sebanyak 10 kematian telah dilaporkan dan sekurang-kurangnya 35 orang telah diracuni tetapi selamat.Keracunan dan kematian pertama berlaku pada 30 April 1985 di Fukuyama, Hiroshima.

gramoxone
Contoh racun paraquat

Selepas itu, sebelas lagi pembunuhan berlaku antara 11 September dan 17 November. Kebanyakan minuman ini diambil dari luar mesin penjual. Pengendali mesin layan diri memaparkan amaran pada mesin memberitahu orang ramai supaya tidak mengambil minuman yang ditemui di dalam atau di sekitar mesin, selepas itu keracunan dihentikan. Lebih dari sejuta pelekat amaran telah diletakkan di mesin layan diri di seluruh negara. Semua minuman itu diracun dengan paraquat kecuali satu yang diracuni dengan diquat .Polis tidak dapat mengumpulkan bukti mengenai pembunuhan selain daripada mereka disebabkan oleh minuman beracun yang ditinggalkan di dalam atau di sekitar mesin penjual. Disebabkan kekurangan kamera keselamatan pada era itu, dan jumlah bukti yang kurang, mereka yang bertanggungjawab dalam jenayah ini tidak dapat dikenalpasti hingga hari ini.Tidak jelas sama ada kes ini melibatkan hanya seorang atau lebih individu. Sehingga kini kes tersebut masih tidak dapat diselesaikan.

 

Jenayah itu juga mewujudkan gelombang penjenayah peniru, dengan meracuni produk makanan yang berbeza di rak di seluruh negara.Antaranya ialah meninggalkan susu beracun di sekolah dan mencampurkan kapur sulfur ke dalam minuman di Tokyo. Pada tahun 1998, satu lagi siri keracunan rawak mengejutkan negara. Hidangan kari diracuni arsenik pada pesta makanan masyarakat Jepun membunuh empat orang dan menyebabkan 60 lagi dikejarkan ke hospital. Mesin layan diri sekali lagi menjadi sasaran, dengan teh beracun menghantar berpuluh-puluh ke hospital. Peniru sekali lagi dipersalahkan atas kes keracunan tersebut.

 

 

MISTERI PEMBUNUH TYLENOL

tylenolnews.png

Pada musim luruh tahun 1982,enam orang dewasa dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun maut setelah mengalami keracunan sianida setelah mengambil kapsul pelega kesakitan Tylenol Extra Strength.Kejadian bermula pada 29 September 1982 apabila Mary Kellerman, 12 tahun, dari Chicago, Illinois, secara tiba-tiba meninggal dunia selepas memakan kapsul pelega kesakitanTylenol Extra-Strength. Kemudian hari itu, di pinggir Chicago yang berhampiran, seorang lelaki bernama Adam Janus juga mati secara mengejut setelah mengambil ubat yang sama. Dua anggota keluarganya juga mati selepas mengambil Tylenol. Tiga lagi mangsa di kawasan sekitarnya mengalami nasib yang sama, dan tidak lama kemudian kaitan kematian misteri ini dan Tylenol ditemui oleh pihak berkuasa. Kematian misteri ini membuktikan bahawa kapsul Tylenol telah dicampur dengan kalium sianida. Siasatan pelbagai agensi mendapati pil yang telah dicemari telah dijual di pelbagai kedai di Chicagoland. Kes ini mencetuskan ketakutan penduduk Chicagoland, dan seterusnya tersebar ke seluruh negara.

Botol produk yang dicemari racun tersebut datang dari kilang-kilang yang berlainan, namun semua mangsa adalah dari kawasan Chicago. Ini bermakna bahawa pencemaran produk tidak berlaku di peringkat pengeluaran, tetapi di dalam premis jualan ubat itu sendiri. Penyiasat pada masa itu percaya individu yang bertanggungjawab mengambil pakej Tylenol dari kedai-kedai, menyuntik kandungan dengan sianida dan mengembalikannya semula ke rak simpanan.Sianida adalah racun yang menghalang keupayaan tubuh menggunakan oksigen. Ia amat berbahaya kepada jantung dan otak kerana organ-organ itu menggunakan banyak oksigen.Dalam bentuk kristal pepejal, sianida boleh membunuh manusia dalam kuantiti kurang daripada 1 gram.

Berikutan kejadian tersebut,Pengilang Tylenol, Johnson & Johnson,  menarik balik pengeluaran dan iklan Tylenol serta  menasihati orang ramai agar tidak mengambil apa-apa ubat yang mengandungi acetaminophen. Selepas mendapat bukti bahawa hanya kapsul tersebut telah diganggu, syarikat itu menawarkan untuk menggantikan semua kapsul yang dibeli pelanggan. Disebabkan insiden ini, piawaian yang lebih ketat dikuatkuasakan bagi mencegah gangguan farmaseutikal seperti, pembungkusan yang lebih teliti dan gangguan kepada ubat-ubatan dikategorikan sebagai jenayah. Produk kembali dikeluarkan dalam bentuk  pepejal pil kerana kapsul didapati lebih mudah untuk disabotaj tanpa sebarang tanda-tanda gangguan.

Semasa siasatan awal, seorang lelaki bernama James William Lewis menghantar surat kepada Johnson & Johnson menuntut $ 1 juta untuk menghentikan pembunuhan dengan sianida. Polis tidak dapat mengaitkannya dengan jenayah tersebut, kerana dia dan isterinya tinggal di New York City ketika kejadian tersebut. Dia telah didakwa melakukan ugutan dan dipenjarakan selama 13 tahun daripada hukuman 20 tahun, dan dibebaskan pada tahun 1995 dengan parol.

Sehingga kini masih tiada tangkapan dilakukan berkaitan pembunuhan Tylenol dan kes ini menemui jalan buntu.Kes ini menjadi ikutan penjenayah peniru di mana pada tahun 1986; seorang wanita yang mencampurkan Excedrin dengan sianida, membunuh suaminya dan seorang lelaki Seattle yang meletakkan sianida ke dalam Sudafed pada tahun 1991 bertujuan membunuh isterinya.

 

MINUM AIR REBUSAN TUALA WANITA UNTUK KHAYAL?

xxx

Selain penggunaan arak,air ketum mahupun gam sebagai bahan untuk khayal,terdapat tabiat gila terutamanya dalam kalangan remaja di Indonesia iaitu dengan meminum air rebusan tuala wanita untuk berkhayal.

Memetik Tempo, gejala ini dilihat semakin berleluasa kerana tuala wanita lebih mudah didapati dan murah berbanding dengan dadah.Menurut portal itu, kaedahnya dengan merebus produk itu dan air rebusan itu diminum.Kes penagihan air rebusan tuala wanita ini dikesan melibatkan remaja dalam lingkungan umur 13-16 tahun di Jakarta,Bogor,Bekasi,Depok dan Tangerang.

Ketua  Bidang Pemberantasan Badan Narkotika Nasional (BNN) Provinsi Jawa Tengah, AKBP Suprinarto mengulas, minum air rebusan tuala wanita menjadi salah satu alternatif remaja untuk mendapat kesan sama seperti penggunaan dadah.

Mengikut pengakuan remaja terlibat,kesannya adalah sama seperti pengambilan dadah jenis syabu atau methamphtamine yang merupakan dadah psikoaktif jenis amphetamine type stimulants (ATS) yang memberikan kesan stimulan kuat di otak sehingga menciptakan sensasi euforia atau kegembiraan. Hingga kini bahan yang menyebabkan kesan khayal tersebut masih tidak diketahui.

Air rebusan tuala wanita berpotensi mendatangkan bahaya bagi tubuh kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan seperti pulp kertas, polimer (superabsorbent polymer/SAP), polyethylene, pelekat, dan klorin. Klorin adalah unsur kimia bersifat mengakis yang dapat menyebabkan iritasi jika terkena kulit. Klorin boleh mengakis organ dan menyebabkan iritasi pada saluran pencernaan dan pernafasan. Selain itu, pelbagai bahan lainnya yang terdapat dalam air rebusan tersebut berkemungkinan menyebabkan kanser jika diambil dalam jangkamasa berpanjangan.

 

BENARKAH HARGA GAS MEMASAK NAIK SEPERTI YANG DIKATAKAN OLEH PEMBANGKANG?

 

Baru-baru ini telah viral di media sosial bahawa harga gas memasak keluaran petronas telah mengalami kenaikan oleh pihak pembangkang.

45124898_10218165281143490_1993432761754451968_n

Daripada entri yang mereka buat jelas sekali menggambarkan ketidakcerdikan mereka kerana daripada notis yang mereka viralkan yang naik adalah kos bagi penghantaran gas ke rumah (Gas Petronas Home Delivery) oleh pihak Petronas bukannya harga gas.Dengan kata lain caj tersebut hanya akan dikenakan jika menggunakan servis penghantaran gas ke rumah sahaja.Harga gas tetap stabil seperti biasa. PDB mengumumkan harga baharu bagi GPHD iaitu RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg.45054093_2281504471922293_3059830157318553600_n

Petikan daripada Sinar Harian 301/10/2018

SHAH ALAM – Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan harga baharu bagi perkhidmatan Gas Petronas Ke Rumah (GPHD) iaitu RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg.

PDB dalam surat pekeliling kepada semua wakil pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD memaklumkan, perubahan struktur harga itu akan berkuat kuasa pada Khamis ini (1 November) untuk Semenanjung Malaysia.

Perubahan harga berkenaan hanya untuk caj penghantaran bagi tempahan yang dibuat di Mesralink dan dihantar melalui saluran GPHD.

Tiada perubahan harga bagi yang mengambil sendiri selari dengan harga yang dikawal oleh kerajaan iaitu RM22.80 untuk 12kg dan RM26.60 untuk 14kg

Harga lama bagi perkhidmatan itu adalah RM26 untuk 12kg dan RM29.80 untuk 14kg

 

45108071_714166052301202_5320168915744063488_n

Setelah dikemaskini daripada pihak Petronas Dagangan Berhad (PDB) hari ini mengumumkan, tiada kenaikan harga untuk  perkhidmatan Gas Petronas Ke Rumah (GPHD) dan caj tersebut kekal seperti yang sebelumnya.

Nampaknya penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pembangkang kini berada pada paras yang lemah kerana gagal untuk memahami kenyataan mudah.

POWER OVER ETHERNET (PoE)

Power over Ethernet (PoE) atau sumber kuasa melalui Ethernet adalah teknologi menggunakan kabel rangkaian ( LAN ) bagi membolehkan arus elektrik disalurkan untuk membolehkan peranti beroperasi melalui kabel data dan bukannya melalui kabel kuasa. Ia digunakan bagi meminimumkan bilangan wayar yang digunakan untuk memasang rangkaian.PoE dibangunkan pada tahun 2003 untuk menyokong sumber kuasa peranti seperti titik akses Wi-Fi ( AP ). Dengan PoE,kos pemasangan peranti akan lebih menjimatkan kerana sumber kuasa dan sumber data dikawal sekaligus menggunakan kabel data berbanding cara lama menggunakan 2 kabel iaitu kabel kuasa dan kabel data. PoE digunakan untuk menyelesaikan masalah kesukaran mencari sumber kuasa bagi perkakasan seperti Access Point WiFi, IP Camera dan IP Phone.

vigor1090_schematic
Contoh sambungan peranti yang menggunakan PoE

Peralatan yang dibina pada standard 2003 pada awalnya menyampaikan kuasa yang mencukupi untuk kebanyakan AP, tetapi tidak dapat memberikan kuasa yang mencukupi untuk jenis teknologi yang dipasang, seperti kamera pengawasan video. Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ( IEEE ) dan beberapa pengeluar telah cuba menangani isu berkaitan sumber kuasa, tetapi menghadapi masalah berkaitan dengan kendalian . IEEE menyelesaikan masalah dengan mengeluarkan satu standard baru yang membekalkan kuasa melalui semua empat pasang wayar dalam kabel Cat5.

Untuk membolehkan PoE berfungsi, arus elektrik perlu melalui kabel data pada bekalan kuasa, dan keluar pada peranti, dengan cara tersebut arus dipisahkan dari isyarat data supaya tidak terganggu antara satu sama lain . Arus elektrik memasuki kabel melalui komponen yang disebut penyuntik (injector). Jika peranti di hujung kabel  serasi dengan PoE, maka peranti tersebut akan berfungsi dengan baik tanpa gangguan. Jika peranti itu tidak serasi PoE, maka komponen yang dipanggil pemungut (tap) perlu dipasang untuk mengalih keluar arus dari kabel. Arus yang dialih keluar atau “picked off” ini dialih ke bicu kuasa.

PoE umumnya mengunakan standar IEEE 802.3af dimana kuasa maksimum per portnya adalah 15.4W, namun disebabkan banyaknya peranti yang memerlukan kuasa elektrik yang lebih tinggi (misalnya untuk AP 802.11n 3×3 atau 4×4), maka standard baru IEEE 802.3at dengan kuasa maksimum per port-nya 34.2 telah diperkenalkan.

CARA MENGHALAU ANAI-ANAI TANPA MENGGUNAKAN RACUN

subterranean-termites-in-florida.jpg

 

Anai-anai adalah salah satu makhluk perosak yang mengancam rumah kediaman.Ia merosakkan struktur kayu rumah serta barangan rumah seperti perabot dan lain-lain.Kos untuk mengawal anai-anai pula agak tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.Selain menggunakan racun kimia,anai-anai turut boleh dikawal dengan cara lain seperti berikut,

1. Garam Dapur

Taburkan garam di sarang anai-anai, namun cara ini kurang efektif dan kerana garam hanya berada permukaan saja.

Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan sarang anai-anai.

2. Air Kapur sirih

Kapur bersifat panas serta beralkali dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.

Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras

Gunakan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.

4. Minyak Tanah

Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.

Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah diserang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat dan tidak praktikal untuk digunakan di dalam  rumah. Untuk lebih berkesan, campurkan minyak serai dengan minyak tanah.

5. Tembakau

Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya dengan merendam tembakau dalam air dan dibiarkan semalaman. Air campuran tembakau itu disembur pada kayu yang diserang anai-anai atau pada sarangnya.

6. Hati Pari

Tanamkan hati pari (boleh didapati di pasar menjual ikan) di pangkal pokok atau di keliling rumah.