UMNO SAMSENG:TAK PERCAYA?

Yang SB post video-video seperti di atas adalah video-video yang lama tapi bersaling kait dengan apa yang telah terjadi dalam Program Nothing To Hide 2.0 yang lepas.Pernah ke PH mengganggu program-program UMNO BN kat Melaka cam Larian Bendera UMNO yang korang buat tu dan pernahkah ianya disekat di negeri Selangor dan Penang?.UMNO ni memang terkenal dengan sikap samseng yang suka memprovokasi dan mengganggu majlis-majlis PH atau dengan kata lain sebagai makhluk perosak.Sebenarnya banyak lagi video-video yang SB nak kongsikan.Bagi SB ni pun dah cukup untuk membuktikan perangai mereka tak ubah macam celaka.

AWANG ADEK DILANTIK JADI PENGERUSI MARA TAPI PERSOALAN LAMA MASIH TIDAK TERJAWAB?

Beberapa jam lalu SB telah dapat satu berita tentang Awang Adek bakal dilantik sebagai Pengerusi MARA yang baru berkuatkuasa 1 September ini menggantikan Annuar Musa.

Cerita beliau ni pun lebih kurang sama macam MO1 yang duit mengalir masuk melalui akaun peribadi.Jika diimbas kembali sejarah beliau sebelum ini beliau yang penuh dengan skandal yang masih menjadi misteri hingga hari ini dan antara yang hangat diperkatakan sebelum ini adalah mengenai skandal wang RM80K yang pernah dibongkar oleh laman blog The Whistleblower dan PAS Kelantan pada tahun 2011.Di bawah ini SB sertakan video PC Pemuda PAS.Cerita selanjutnya boleh baca di SINI

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mendedahkan 2 keping cek yang berjumlah RM 80,000 secara keseluruhannya atas nama Datuk Awang Adek dan didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.Datuk Awang Adek diminta untuk menjelaskan apakah terdapat skandal rasuah daripada transaksi wang yang sebegitu besar ke dalam akaun beliau pada ketika beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera dan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia oleh sebuah syarikat yang berkepentingan dan pada 31 Julai 2012, Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi tampil membuat pendedahan yang lebih terperinci beserta beberapa dokumen penting. Dokumen yang berada di pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia menguatkan lagi dakwaan bahawa Datuk Awang Adek terlibat dalam skandal rasuah kerana kedua cek yang bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM).Kononnya duit tersebut adalah untuk rakyat tetapi mengapa perlu masuk ke akaun peribadi?

Sehingga kini perkara tersebut menjadi tanda tanya.Situasi sekarang sama macam kes Felda umpama bunuh ular yang masuk reban kemudian letakkan musang jadi penjaga ayam.

ADAKAH SKMM SUDAH JADI SEBAHAGIAN DARI CYTRO UMNO?

20170710_131130
Sinar Harian 10 Julai 2017

Minggu lepas SB ada membaca satu berita di akhbar Sinar Harian bertarikh 10/7/2017 di mana BN akan mengambil tindakan kepada akaun-akaun media sosial yang palsu.Tapi disebalik berita tersebut tersirat seribu perkara tersirat dengan perlaksanaan tersebut.Kenapa SKMM hanya perlu membendung akaun media sosial yang tidak menyokong BN?.SKMM ni bekerja untuk siapa sebenarnya?Di sini SB huraikan sedikit mengenai objektif SKMM (ambil dari wikipedia).SKMM adalah badan untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia.
Seperti yang kita maklum daripada kajian yang dibuat,hanya 6.6% cybertrooper menyokong kerajaan yang diterajui BN sekarang manakala 93.4% yang selebihnya menentang.Adakah ini langkah terakhir dari UMNO BN setelah tidak dapat membendung kemaraan cytro dari PH?Sebelum ini pun portal Sarawak Report dan Malaysia Chronicles turut menerima nasib yang sama iaitu dihalang penyiarannya di Malaysia.Di manakah kebebasan media yang Najib laung-laungkan selama ini?

6 copy
Infografik mengampu rekaan macai UMNO

Bercakap mengenai akaun palsu kita rata-ratanya sudah tentu maklum siapa yang paling banyak mempunyai follower palsu di twitter malah diakui oleh media antarabangsa.Ratusan tentera-tentera robot yang menjadi tukang spam hashtag #ILovePM #RespectMyPM pun kita juga tahu majoriti dari siapa.Akaun-akaun palsu ini yang beroperasi dengan mencuri dan menggunakan gambar-gambar milik orang lain termasuklah yang telah meninggal dunia. inilah yang kononnya menunjukkan PM mempunyai sokongan yang kuat tapi hakikatnya kosong.Jika mereka mengatakan cytro PH menyebarkan berita palsu,adakah cytro UMNO BN membawakan 100% berita yang benar?Apakah cytro dari BN tidak pernah membuat serangan bermotifkan politik kepada pemimpin PH?

Jika SKMM ingin bertindak sebagai pemantau siber,SKMM harus bertindak dengan adil pada kedua-dua belah pihak dan bukannya menuruti arahan dari pihak-pihak tertentu.

HADIAH HARI RAYA:PERLUASAN SKOP GST,TQ BN!!!!

Di kala menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan setelah GST berusia 2 tahun berita terbaru yang SB terima menyatakan bahawa GST akan diperluaskan skopnya kepada barang-barang keperluan harian yang sebelum ini tidak dikenakan GST berkuatkuasa mulai 1/7/2017.Antara barang-barang baru yang dikenakan GST adalah melibatkan 60 jenis barangan seperti

aQfWja5
Imej dari China Press
  • Makanan Laut iaitu belut(Anguilla spp.) Termasuk ikan, filet, stik dan ikan, masin, kering dan diperapikan todak (Xiphias Gladius) terdiri daripada ikan, filet, stik dan ikan, masin, kering dan diperap
  • Sayur-Sayuran iaitu kentang,bayam,kacang panjang,jagung,cendawan,timun,buah zaitun,lada,sayur campur (masin direndam): jagung manis, lada (capsicum), lompat (Capers) dan buah-buahan segar.
  • Produk kopi dan teh iaitu teh,kopi (kopi tulen,gula,krimer,susu manis atau dicampur pakej dibungkus secara individu.
  • Rempah iaitu kunyit,thyme dan daun bay,minyak kelapa dan minyak kacang
  • Mi beras (tidak termasuk perasa, perisa atau berasingan dibungkus atau berasingan)Kueh Teow/Laksa (tidak termasuk perasa, perisa atau berasingan dibungkus atau berasingan)

Seperti yang kita maklum,bihun,kueh teow,laksa kopi dan teh adalah makanan bagi golongan berpendapatan rendah.Sama juga dengan sardin yang turut menjadi mangsa dikenakan GST sebelum ini.Flip flop kerajaan yang mengatakan bahawa kadar GST tidak akan dinaikkan tetapi melaksanakan perkara lain yang membebankan rakyat dengan meluaskan skop barangan yang dikenakan GST.Kononnya kerajaan prihatin dengan tidak mengenakan subsidi ke atas barangan seperti gula,beras dan minyak masak namun penghapusan subsidi telah mendorong kepada kenaikan barang makanan tersebut serta kenyataan Najib satu ketika dulu,GST tidak akan membebankan rakyat,tapi adakah dengan kenaikan harga barangan akan menyebabkan rakyat tidak terbeban?.Di mana perginya janji harga barang akan turun kerana GST?Beginilah jadinya akibat cakap tak serupa bikin.

SKANDAL BMF VS 1MDB

FB_IMG_1496808986515

BMF

  1. Bermula pada tahun 1979-1983
  2. Sebanyak RM 2.3 billion telah diseleweng
  3. Timbalan ketua Jabatan Audit Bank Bumiputera,Jalil Ibrahim yang dihantar ke Hong Kong bagi membuat siasatan telah mati dibunuh di Kampung Taipo Kau,Hong Kong
  4. Menteri Kewangan ketika itu (1976-1984) adalah Tengku Razeligh Hamzah.Menteri Kewangan (1984-1991) Tun Daim Zainuddin
  5. Perdana Menteri (1981-2003) tun Dr. Mahathir Mohammad
  6. Pengerusi BMF Lorraine Esme Osman ditangkap di London pada tahun 1985 dan didakwa dengan 39 pertuduhan serta didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman 7 tahun penjara.Beliau dibebaskan daripada Penjara Stanley,Hong Kong pada 16 Ogos 1993.
  7. Pengarah Eksekutif BMF,Datuk Hisham Shamsuddin dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun.
  8. Pengarah BMF,Dr. Rais Saniman dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara.
  9. Pengerusi Syarikat Carrian yang membuat pinjaman wang dari BMF,George Tan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.

1MDB

  1. Berlaku dari tahun 2009-2016
  2. Lebih daripada RM 42 billion telah lesap.
  3. Perdana Menteri ketika itu Najib Tun razak
  4. Menteri Kewangan ketika itu Najib Tun Razak
  5. Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB najib Tun Razak
  6. Tiada sebarang pendakwaan terhadap semua yang terlibat samada dari pihak pengurusan,Lembaga Pengarah dan Pengerusi Lembaga Penasihat.
  7. Peguam Negara Malaysia mengumumkan kes tersebut ditutup.
  8. Peguam Negara Amerika mengatakan telah berlakunya skandal penggubahan wang haram terbesar di Amerika yang melibatkan nilai USD 3.5 billion.Wang rakyat Malaysia yang dimiliki oleh 1MDB telah dicuri dan dicuci melalui pembelian aset di Malaysia.Kes telah dibawa ke mahkamah Amerika dan dibicarakan pada bulan September 2016 dan kes masih berjalan sehingga kini.
  9. Siasatan kes tersebut telah dihentikan dalam negara.
  10. Dua orang warga Malaysia iaitu Mathias Chang dan Husam Musa telah menyaman individu berkaitan di mahkamah Amerika.

RUMUSAN

Tindakan yang diambil ketika zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir adalah berpandukan kepada amalan urus tadbir yang betul dan berintegriti iaitu mendakwa semua pegawai yang terlibat dan tidak mengganggu hakim yang menjalankan tugas mereka..

Zaman pemerintahan Najib semua siasatan diganggu,dihalang dan dihentikan.Peguam Negara diberhentikan,Pegawai SPRM ditahan dan ditukar,pegawai di Jabatan Peguam Negara direman,Pegawai Polis Cawangan Khas ditukar dan ahli Jawatankuasa PAC dinaikkan pangkat dan ditukar.Maka dengan ini tiada sebarang pendakwaan dapat dilakukan.

Persoalannya,siapa yang menjalankan tugas dengan Bersih,Cekap dan Amanah?najib atau Tun Dr Mahathir?.

Kredit: Ratu Naga

 

 

SAMBUTAN JUBLI EMAS ISRAEL DI MELAKA

FB_IMG_1496624273793

Sambutan All Malaysian Golden Gate Revival Convocation akan diadakan pada 15-18 Jun nanti di Melaka bertempat di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) dengan mendapat kerjasama Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN).Sambutan tersebut yang berselindung disebalik ulangtahun penubuhan ASEAN dan upacara  keagamaan kristian meraikan sambutan besar-besaran  hari kebangsaan Israel dan 2017 adalah tahun jubli emas buat Israel bagi meraikan 50 tahun kejayaan perang enam hari yang berlaku pada 5 Jun hingga 10 Jun 1967, ke atas Mesir, Jordan dan Syria di mana Israel telah berjaya menawan Jerusalem.Sambutan tersebut dijangka dihadiri ribuan penganut kristian serta penyokong Israel dari Asia Tenggara,Asia Pasifik dan negara dalam segmen Golden Gate.

Persoalannya,Bagaimana sambutan ini boleh dibenarkan oleh kerajaan negeri Melaka?

 

 

BUKAN SEKALI TAPI DAH BANYAK KALI AKHBAR THE STAR MENYENTUH SENSITIVITI MASYARAKAT ISLAM!

Jika hendak dikatakan,The Starlah antara salah satu akhbar di Malaysia yang kerap menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia dan tidak diambil tindakan.Cukup sekadar memohon maaf dan perkara yang sama juga turut berulang kembali.Ia bermula pada 10/8/2011 iaitu ketika dalam bulan Ramadhan, di mana The Star telah mengeluarkan artikel berkaitan hidangan babi dengan menyiarkan iklan mengenai “best rib in town” di mukasurat 2 dan dua artikel, “Whipping up an appetite, Mongolian pork ribs” di mukasurat 4 and “Authentic prime pork ribs” di mukasurat 7 di ruangan “Ramadan Delights Supplement”.Setelah isu tersebut viral dan The Star dihentam teruk oleh masyarakat Islam mereka meminta maaf atas isu tersebut.Begitu juga dengan isu lain iaitu promosi  konsert artis dari barat iaitu Erykah Badu di  akhbar The Star bertarikh 27 Febuari 2012 dengan memaparkan gambar penyanyi tersebut dengan bertatukan kalimah Allah di bahagian atas  dadanya.Kedua-dua kesalahan yang dilakukan oleh The Star tersebut,tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan.

 

Sekali lagi The Star mengulangi kesalahan yang sama apabila mengeluarkan berita mengenai pengganas dalam muka hadapan akhbar bertajuk “Malaysian Terrorist Leader” bertarikh 27 Mei 2017 bersama gambar umat Islam yang sedang bersolat Tarawih pada 1 Ramadhan lepas mencetuskan lagi kemarahan umat Islam di Malaysia.Penerbitan artikel di muka hadapan tersebut seolah-olah mengaitkan masyarakat Islam dengan pengganas.Jalan penyelesaian yang mereka lakukan juga tetap sama…dengan meminta maaf.SB nak tahu juga kenapa seolah-olah akhbar The Star ini seolah-olah tidak pernah belajar dari kesilapan atau dengan kata lainnya serik?.Sepatutnya The Star tidak terlepas daripada dikenakan tindakan di bawah akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.Adakah segala tindak tanduk The Star selama ini dilindungi oleh tangan-tangan ghaib?.Ataupun adakah kerana The Star ini milik salah satu parti komponen dalam BN menyebabkan tindakan tidak boleh diambil?.

FB_IMG_1496456680364
Dah kantoi,minta maaf…simple

Apakah KDN hanya berfungsi untuk memberi amaran sahaja seperti menterinya yang terdahulu?

 

 

KENAPA HARGA JUADAH DI BAZAR RAMADHAN NAIK?

Screenshot_20170601-143615

Bila macai K9 membaca berita seperti di atas mereka pasti akan komen bahan-bahan yang digunakan untuk membuat murtabak tidak dikenakan GST jadi penjual tidak perlu menaikkan harga jualan.Sebab apa harga makanan di bazar Ramadhan kali ini naik?Ulasan SB adalah seperti dibawah.

Memang bahan untuk membuat murtabak boleh kata hampir semuanya tidak dikenakan GST tetapi macai K9 jangan happy dulu.Minyak masak juga telah dimansuhkan  subsidi dan hanya minyak paket sahaja yang bersubsidi.Minyak paket (bersubsidi) kini menjadi pilihan rakyat.Sekiranya tiada stok minyak paket maka peniaga terpaksa membeli minyak masak dalam botol yang dijual dengan harga yang tinggi (tanpa subsidi) begitu juga dengan tepung gandum yang menjadi bahan asas pembuatan murtabak juga telah dimansuhkan subsidi bagi pek 25 kg  dan dijual pada harga RM42 berbanding RM33.75 sebelum ini.

 

Harga ayam dan daging lembu juga naik menjelang Ramadhan.Harga daging lembu tempatan naik kepada RM32 kg berbanding RM29 hingga RM30 sebelum ini di Alor Star.Kenaikan harga petrol dan diesel (turun sikit tapi naik banyak) adalah  menjadi punca kenaikan.Selain itu,penternak ayam yang terpaksa menaikkan harga menanggung kos tambahan iaitu GST ke atas makanan ayam,ubatan ayam dan lain-lain.Bawang merah dan bawang putih import dari China telah mengalami kenaikan harga secara mendadak dengan mengecapi paras RM21 hingga RM22 sekilogram pada pertengahan April 2017 lalu berbanding hanya RM7 pada dua tahun lalu.Ini baru melibatkan bahan-bahan asas untuk membuat murtabak sahaja,belum kira barang-barang tambahan yang lain.

Peniaga-peniaga bazar lain turut terpaksa menaikkan harga jualan mereka akibat terkesan dengan kenaikan bahan mentah seperti gula yang telah dihapuskan subsidinya di mana kini berharga RM 2.95 per kilogram dan mungkin juga bakal dinaikkan harga lagi.Beras putih yang  biasanya digunakan oleh rakyat Malaysia ini kebanyakkannya adalah diimport telah dinaikkan harga pada Mac 2017 yang lalu. Ikan juga turut mengalami kenaikan harga.Harga bagi ikan tongkol kini RM10 bagi setiap sekilogram berbanding RM8 kg, ikan selayang RM10 berbanding RM7, ikan cencaru RM9 (RM8), ikan tamban RM5 (RM4), ikan jenahak dan ikan nyok-nyok RM28 kg berbanding RM24 kg.

Screenshot_20170531-053915

Kesimpulannya,peniaga terpaksa menaikkan harga jualan mereka akibat daripada tekanan kenaikan harga barang yang dibuat oleh kerajaan itu sendiri.Lainlah dengan Najib,dia boleh beli kuih 14 keping dengan harga RM 2 di bawah harga pasaran tu.Sekarang ni kuih keria (saiz paling kecil) pun 5 biji pun RM 2…hehehe

 

JANAKUASA NUKLEAR DI MALAYSIA:PERLU ATAU TIDAK?

Sebelum ini terdapat cadangan dari Kerajaan Malaysia untuk beralih kepada tenaga nuklear bagi menjana bekalan elektrik di Malaysia.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri baru-baru ini berkata laporan Kajian Infrastruktur Nuklear Bersepadu (INIR) Misi Fasa 1 oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), mendapati Malaysia sudah bersedia sepenuhnya membangunkan tenaga nuklear.
Nancy berkata Malaysia bakal membuat keputusan sama ada menggunakan tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan tenaga yang kian bertambah dan baru-baru ini ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) Mohd Zamzam Jaafar, berkata sewaktu konferens TN50 di Sarawak bahawa Malaysia perlu memiliki tenaga nuklear menjelang tahun 2030.Nuclear-Power-Plant

Adakah Malaysia perlu menggunakan nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik?Terdapat pro dan kontra di sini dalam isu berkaitan dan yang lebih membimbangkan impak negatif yang lebih banyak akan terjadi akibat dari aplikasi tenaga nuklear bagi menjana elektrik ini.Berikut adalah beberapa alasan kenapa kita tidak seharusnya memilih tenaga nuklear yang merupakan sumber tenaga mahal, mencemarkan dan berbahaya.

Kesan yang paling buruk adalah berkaitan dengan ancaman keselamatan pada rakyat dan alam sekitar.SB ambil contoh dari tragedi Chernobyl yang berlaku pada 26 April 1986 di Ukraine disebabkan kesilapan pengendali, prosedur keselamatan yang tidak mencukupi dan rekabentuk reaktor yang buruk telah membawa kepada letupan wap dan hidrogen telah mengeluarkan bahan radioaktif dalam jumlah yang besar di seluruh Ukraine, Belarus dan sebahagian Eropah. Berjuta orang di bahagian hemisfera utara menderita dan terus menderita akibat bencana Chernobyl akibat terdedah kepada radiasi.Kesan daripada radiasi ini kepada manusia menyebabkan penyakit seperti leukimia,kanser,kecacatan kelahiran dan lain-lain.Adakah Malaysia mempunyai kemampuan untuk menangani bencana seperti kebocoran atau peleburan reaktor? Adakah orang ramai sanggup menerima risiko ini apabila tenaga alternatif yang lebih selamat dan murah boleh diperolehi?.Kos bagi perlaksanaan janakuasa nuklear dan kos untuk menangani bencana nuklear juga amat tinggi.
Operasi reaktor nuklear mendatangkan impak negatif pada alam sekitar melalui pembebasan udara dan air yang tercemar dengan radioaktif. Pelbagai isotop radioaktif dilepaskan dengan pelbagai kimia dan radioaktif yang sesetengahnya amat toksik dan ada yang tidak malah sesetengah daripadanya amat radioaktif berbanding yang lain, sesetengahnya bertahan hanya beberapa minit manakala ada yang boleh bertahan sehingga berbilion tahun.
Sisa nuklear paras tinggi (juga dipanggil sinaran atau bahan bakar “spent”) yang lebih radioaktif apabila batang bahan bakar dimasukkan ke dalam reaktor. Sisa ini boleh membunuh sehingga mereka yang berdiri berdekatan dengannya tanpa sebarang pakaian perlindungan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa minit. Sisa ini amat berbahaya sehingga bertahun-tahun lamanya dan tiada teknologi yang wujud untuk mengasingkannya bagi tempoh yang lama.Sisa radioaktif paras rendah merupakan sisa radioaktif daripada reaktor. Sejumlah besar sisa ini perlu ditanam dan dalam tempoh beberapa tahun dan berkemungkinan bocor lalu mencemarkan air bawah tanah.
Penggunaan tenaga nuklear bagi menjana tenaga elektrik umpama bom jangka yang akan meledak pada bila-bila masa.Kerajaan seharusnya lebih peka tentang impak perlaksanaan program tersebut kepada rakyat.Ini bukan soal politik,ini adalah berkaitan kesan jangka panjang yang bakal dihadapi rakyat Malaysia.