PELAJAR DIKERAH HADIR KE MAJLIS PERSIDANGAN UMNO?

Cerita ni baru sahaja SB dapat dari kawan SB di Melaka.Tindakan terdesak umno melaka apabila mengerahkan para pelajar hadir ke majlis Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka yang dirasmikan oleh Nazri Aziz.
Mengapa mengganggu para pelajar dan mengerahkan mereka menghadiri majlis-majlis politik begitu?
Jelas tindakan ini sebenarnya menunjukkan mana-mana majlis anjuran umno tidak lagi dihadiri oleh orang ramai dan hanya dihadiri oleh pemakan dedak sahaja.
Jadi, untuk meramaikan majlis, dan ‘snap’ gambar-gambar yang kononnya perwakilan umno, kemudian disebarkan dengan mengatakan umno masih lagi mendapat sokongan rakyat dan menjadi pilihan golongan muda, maka umno Masjid Tanah terpaksa mengerahkan para pelajar supaya menghadiri majlis yang sepatutnya dihadiri oleh hanya Perwakilan sahaja.
Ini adalah tindakan tidak beretika! Ibubapa menghantar anak-anak mereka untuk menimba ilmu, bukannya berpolitik!
Jangan pergunakan pelajar-pelajar kita demi kepentingan politik kalian! Hormati hak mereka!
Banyak cara lain boleh digunakan, tapi bukan dengan mempergunakan para pelajar ini dengan perkara-perkara sedemikian.

Ini adalah suatu bentuk penindasan keatas intitusi pelajar. Mengerahkan samalah maksudnya dipaksa. Jangan paksa para pelajar menyertai politik terdesak kalian!
Dalam perkara ini, ibubapa sebenarnya boleh membuat laporan polis dan tindakan undang-undang kerana mereka telah mengganggu anak-anak anda sebagai pelajar dengan memaksa dan mempergunakan mereka bagi menghadiri majlis-majlis sedemikian tanpa keizinan ibubapa.

SB:Jika perkara di atas terbukti benar,apa pula penjelasan dari pihak yang berkaitan?

Advertisements

One thought on “PELAJAR DIKERAH HADIR KE MAJLIS PERSIDANGAN UMNO?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s