DEBAT:KENAPA PERLU TAKUT?

SB ada membaca laporan Sinar Harian semalam bahawa debat yang bakal diadakan antara DS Mukriz Mahathir dan Harris Batu Karang merangkap bekas pegawai khas beliau telah dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan oleh pihak polis.Sebelum ini Harris telah menangguhkan debat disebabkan faktor kesihatan (penyakit batu karang).Seperti SB jangkakan sebelum ini perkara yang sama pasti akan berulang.SB memang sudah maklum dengan perangai ahli-ahli Bee End ni.Mereka mencabar debat dan akhirnya mereka yang takut pula hendak berdebat dan seterusnya pelbagai alasan dicipta untuk mengelak daripada berdebat.Khabarnya DS Mukhriz bakal mengambil tindakan kepada Harris atas dakwaan memfitnah beliau.

pixlr_20170428154011860 copy
Macam-macam alasan…

Dan timbullah pelbagai alasan yang diberikan seperti faktor keselamatan,tajuk  dan lokasi debat yang tidak sesuai,bakal menimbulkan rusuhan dan lain-lain.Begitu jugalah dengan Jibby yang kononnya berani untuk menjelaskan segala-galanya dalam program beliau dalam Nothing To Hide namun akhirnya tidak berani menghadirkan diri setelah menyedari kehadiran Tun M dan mengarahkan pihak polis agar membatalkan program tersebut.Begitu juga yang terjadi pada Nazri Aziz yang bajet bagus hanya berani menunggu Tun M untuk berdebat di depan MRSM walhal debat tersebut telah dibatalkan oleh pihak polis disebabkan ketidaksesuaian lokasi iaitu sekolah (MRSM) untuk menjadi medan berpolitik dan timbul satu lagi alasan bodoh di mana pihak polis telah membatalkan satu lagi debat Tun M dengan Nazri Aziz setelah menerima beberapa laporan mendesak debat tersebut dibatalkan kerana diadakan di tempat yang tidak sesuai iaitu kawasan perumahan walhal Pejabat Sinar Harian adalah di terletak kawasan perindustrian di Shah Alam.

FB_IMG_1490783834824
Deep…

 

SB makin muak dengan perangai ahli amno ni yang hanya berani disebalik tabir dan takut bila berhadapan.depan penyokong merekalah mengaku mereka pejuang dan pahlawan hakikatnya mereka sebenarnya kosong lagi hampas!Talian hayat mereka yang terakhir bagi mengelakkan berdebat dengan lawan mereka SB rasa semua dah sedia maklum siapa kan?.Memang sesuai la slogan Jibby Debat Bukan Budaya kita kerana mereka semua sebenarnya memang penakut.

Advertisements

MENGAPA PERLU SEMBUNYIKAN KEBENARAN?

Baru-baru ini kecoh di dada akhbar dan di TV3 suku dan digembar gemburkan oleh cytro beruk 6.6 A9 mengenai kenaikan tarif air di pulau Pinang.SB pun tak hairan sangat dengan mereka ni,maklumlah mereka ni baru dapat A9 kan?Di sebalik kenaikan tersebut,mereka tidak tahu bahawa tarif air di negeri bawah pemerintahan pakatan harapan adalah yang terendah di Malaysia.

TARIF
Adakah tarif air Malaysia telah diOSAkan?

Di Selangor bekalan air 20m padu diberi secara percuma kepada rakyat Selangor dan di Pulau Pinang bekalan air diberi kepada rakyatnya dengan jumlah 35m padu dengan tarif yang terendah berbanding di semua negeri dalam Malaysia.Tarif air yang termahal adalah di Johor bawah pentadbiran Bee End dengan kadar 1m padu bersamaan RM 1.07.Di Melaka pula tarif air adalah sebanyak 75 sen per meter padu.Cuba buat perbandingan sekiranya rakyat di kedua-dua negeri bawah Bee End tersebut menggunakan air sebanyak 20m padu,berapakah nilai yang mereka perlu bayar?SB telah cuba untuk mengakses tarif air bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia di laman web SPAN namun gagal,tak tahu la sama ada tarif air kini turut diOSAkan seperti dokumen penyata kewangan OnemDeeBee?

 

 

air-percuma-20-liter
Manifestolol BN

Untuk menjelaskan dengan lebih lanjut,20m padu air adalah bersamaan satu kubik meter bersamaan 1000 liter.20m padu adalah bersamaan dengan 20,000 liter atau dengan kata lain satu kontena cecair penuh.BN juga diketahui mengambil pendekatan yang sama dalam memenangi hati rakyat Selangor pada PRU 13 sebelum ini dengan turut menawarkan insentif bekalan air percuma (ciplak manifesto PR) tetapi dengan menawarkan sebanyak 20 liter air (bersamaan 1 tong cat besar) hahaha.

tanki 1malaysia
Hadiah Bee End setiap 5 tahun sekali di Sabah

SB ingin bertanya kepada macai Bee End mengapakah mereka-mereka ini suka menyembunyikan kebenaran?Manifesto pemberian bekalan air percuma adalah salah satu contoh terbaik sumbangan daripada kerajaan Pakatan Harapan.Mereka hanya suka menuding jari pada pihak Pakatan Harapan kononnya gagal dalam mengurustadbir bekalan air,tapi mereka lupa tengok cermin tentang kelemahan tadbir mereka.Di Sabah,kemudahan bekalan air bersih amatlah menyedihkan.Peruntukan demi peruntukan keluar berjuta-juta tapi akhirnya masuk ke mulut siapa?Yang di atas sapu berjuta,rakyat pula menderita.Adakah kempen tong biru yang memang sinonim dengan Bee End dan akan berterusan setiapkali menjelang PRU?Nak Undi BN lagi?Fikir-fikirkanlah.

KENYATAAN PALING HANGAT DARIPADA PAKAR AUTOMOTIF GRED 6.6%

topgear
Teori apa yang macai 6.6% ni pakai???

Tersembur kopi yang SB minum ketika sarapan pagi ni bila melihat post macai 6.6% yang berlagak seperti pakar permotoran ala-ala Top Gear di facebook yang  memperlekehkan bas elektrik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui pakatan Harapan.Mereka dengan yakinnya mengatakan Kerajaan Selangor menipu kerana  bas elektrik tersebut tidak menggunakan elektrik kerana tiada kabel bekalan kuasa yang tersambung pada kenderaan tersebut.Di Melaka yang sudah lama mempunyai khidmat bas elektrik  sejak tahun 2015 dan SB tak pernah jumpa sebarang kabel  bekalan kuasa yang bersambung dengan bas untuk menggerakkannya.SB percaya mereka mungkin membuat kenyataan ni berdasarkan kepada prinsip sistem Komuter yang memerlukan 100% kuasa elektrik secara langsung bagi menggerakkannya dan percaya prinsip sistem Komuter dan bas elektrik adalah sama.Sejak bila pula bas elektrik memerlukan kabel untuk mendapat bekalan kuasa bagi menggerakkannya?Jika menggunakan kabel kuasa sebagai sumber tenaga,berapa panjang kabel bekalan kuasa  agak-agaknya yang perlu disediakan?Adoiii sila la belajar jadi cerdik.

Untuk pengetahuan umum,bas elektrik adalah kenderaan hybrid yang  menggunakan dua mekanisma untuk menggerakkannya.Mekanisma pertama,ia menggunakan sistem bahan api iaitu enjin diesel dan yang kedua menggunakan sistem bateri  kuasa tinggi  yang dicas.Sekiranya kenderaan ini kehabisan bekalan kuasa (elektrik) kenderaan tersebut boleh menggunakan bahan api diesel sebagai sumber tenaga.Kenderaan tersebut akan dicas kembali di pusat servis atau di  stesen minyak yang menyediakan perkhidmatan ChargingEV.Penerangan SB sudah cukup jelas dan untuk pengetahuan macai,bateri dalam sistem bas inilah yang menjadi sumber kuasa elektrik untuk menggerakkannya.Dengar khabarnya pemilik post tersebut sudah memadamkan post tersebut.Golongan ini la yang tinggal dalam amno bn sekarang.Benarlah kata tun M sebelum ni,dedak itu makanan haiwan dan sendiri boleh nilai bagaimana tahap pemikiran macai dedak 6.6% ini…

 

Malu..malu… hahahaha

 

KISAH JOSEPH STALIN,AYAM DAN DEDAK

ayam-togel
Gambar Hiasan

Joseph Stalin adalah seorang diktator yang paling kejam di dalam sejarah Russia .

Pada suatu hari Stalin melangkah masuk ke mesyuarat kabinetnya sambil mengepit seekor ayam hidup.Sepanjang mesyuarat berlangsung Stalin tidak bersuara walau sepatah perkataan pun. Sebaliknya, dia leka mencabut bulu ayam tersebut satu persatu dengan sadis dan tanpa belas kasihan. Setiap kali bulu nya di cabut si ayam akan mengerang kesakitan. Dan menteri menteri Stalin walaupun agak terganggu dengan apa yang berlaku tetapi masih meneruskan mesyuarat seolah olah tiada apa yang berlaku. Mereka tahu apa akibat nya kepada yang berani menegur dan menentang Stalin.

Setelah setiap bulu di tubuh ayam tersebut di cabut, Stalin mengangkat tangan memberi isyarat supaya mesyuarat di hentikan. Dia meletak kan ayam yang togel tanpa bulu dan dengan tubuh yang di penuhi darah di atas meja. Dari poket baju nya, Stalin mengeluarkan bungkusan kecil yang mengandungi dedak dan menaburkan beberapa butir kepada ayam tersebut. Dan setiap butir dipatuk dengan lahap nya oleh sang ayam yang seolah olah lupa dengan segala kesakitan yang di alami dan kekejaman yang baru lakukan oleh Stalin ke atas nya.

Setelah itu, tanpa berkata apa apa, sambil membersihkan bulu ayam di pakaian nya, Stalin bangkit dari kerusi dan meninggalkan dewan mesyuarat. Dan si ayam togel melompat dari meja dan mengekori Stalin dari belakang.Kali ini tanpa perlu pegang atau di kepit oleh Stalin.

Nasib rakyat Malaysia ini umpama kisah Stalin di atas.Ketika rakyat Malaysia berhadapan dengan pelbagai tekanan seperti kenaikan harga barang,pemotongan pelbagai bajet untuk rakyat,bantuan yang pilih kasih dan lain-lain.Ketika rakyat mula marah,bantuan seperti BRIM,BB1M dan sebagainya diberikan untuk meredakan rakyat seumpama dedak yang diberikan oleh Stalin kepada ayam tersebut.Nasib rakyat Malaysia umpama ayam tersebut,diseksa dan diberikan dedak sudah cukup untuk menjinakkannya,

JASA BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

  1. Subsidi beras ST 15 dimansuhkan
  2. Harga kereta semakin hari semakin naik
  3. Harga rumah semakin hari semakin naik
  4. caj tol semakin naik
  5. Minyak RON 97 dikenakan GST
  6. Bajet pendidikan dipotong
  7. Rebat elektrik dipotong
  8. Subsidi tepung beg 25 kg dimansuhkan
  9. Subsidi RON 95 dimansuhkan
  10. Tayar naik harga
  11. Tambang bas sekolah naik
  12. Harga kelengkapan sekolah naik
  13. Kenaikan tambang ERL,teksi dan lain-lain
  14. Pemansuhan subsidi gula
  15. Pemansuhan subsidi minyak masak
  16. Penamatan khidmat doktor udara
  17. Beras putih import naik harga
  18. Cukai pelancongan
  19. Kenaikan harga servis poslaju
  20. Santan naik harga
  21. Kenaikan harga barang keperluan harian
  22. GST

…banyak lagi nak disenaraikan.Yang turun cuma hujan je di Malaysia ni

PENGGUNAAN AGENT ORANGE OLEH TENTERA BRITISH DI TANAH MELAYU

Penggunaan Agent Orange di Vietnam pada tahun 1960 dan 1970-an adalah contoh utama kerosakan alam sekitar yang berleluasa dan kemudiannya memberi kesan kepada kesihatan tentera dan orang awam.Antara perkara yang tidak diketahui ialah peranan yang dimainkan UK dalam membangunkan herbisid berasaskan Agent Orange, termasuk pengaplikasiannya di Malaysia pada 1950-an.

Penggunaan Agent Orange (AO) dalam Vietnam oleh tentera AS pada 1960-an dan 70-an adalah kes yang didokumentasikan sebagai pencemaran alam sekitar yang disengajakan. Penggunaan racun rumpai AO bertujuan sebagai peluruh daun (defoliant) tetapi akhirnya menyebabkan kepada kesan kesihatan yang tidak diingini. Penggunaannya akhirnya menjurus kepada penciptaan Teknik Modifikasi Alam Sekitar  (ENMOD). Ia juga telah menyebabkan pembayaran pampasan kepada veteran Amerika Syarikat akibat kesihatan mereka yang terjejas disebabkan oleh pendedahan kepada defoliant yang tercemar dengan dioksin.

agent_orange_malaysia
Tentera British menyembur Trioxone daripada jentera bomba yang diubahsuai

AO berkait rapat dengan Amerika Syarikat tetapi peranan saintis Britain dan tentera dalam pembangunan,pengujian dan perlaksanaan 2,4,5-Trichlorophenoxyacetic asid (2,4,5-T) di dalam campuran yang sama dengan Agent Orange adalah kurang diketahui.

Agent Orange:Ciptaan British

Britain adalah negara pertama yang menggunakan 2,4,5-T dalam kapasiti tentera, yang terdahulu daripada Amerika Syarikat dalam menggunakan bahan yang toksik sama di Vietnam, walaupun pada skala yang lebih besar. Kerajaan British membantu Amerika Syarikat dalam pembangunan AO dalam keadaan tergesa-gesa untuk mencari defoliants dan herbisid yang berkesan untuk digunakan dalam persekitaran tropika, berkongsi penyelidikan dan kepakaran sejak Perang Dunia II.
Jerrom-Communist-propaganda-and-harmless-crop

Surat maklumbalas dalaman kerajaan UK tentang penggunaan herbisid sebagai senjata kimia di Tanah Melayu – Arkib Negara

Pencemaran 2,4,5-T dengan 2,3,7,8-Tetrachlorodibenzodioxin (TCDD – satu bentuk berbahaya dioksin) muncul daripada kekurangan kawalan dalam proses pengeluaran.Perkara ini tidak diketahui setelah bertahun-tahun selepas pengeluaran awal oleh syarikat British Imperial Chemicals Industries (ICI).

TCDD, pencemar organik berterusan adalah diketahui sebagai karsinogen (IARC Group 1) dan teratogen; ia boleh menyebabkan kerosakan hati, menyebabkan keguguran,ketidaknormalan congenital dan menyebabkan kesukaran pembelajaran dan chloracne kulit.

Pada tahun 1942, ICI membangunkan herbisid yang dikenali sebagai Trioxone, yang sama dengan AO kerana ia terdiri daripada 2,4,5-T (yang dicemari dioksin) dan asid 2,4-Dichlorophenoxyacetic (2,4-D). Trioxone telah diluluskan oleh Kementerian Pertanian UK untuk untuk kegunaan pertanian pada tahun 1947.

Darurat Tanah Melayu (“Malayan Emergency”)

Ketika pembangunan Trioxone, selepas Perang Dunia II di Tanah Melayu,penjajah British, telah menghadapi pemberontakan komunis disebabkan penafian hak sama rata dan hak dalam masyarakat Cina.The Malayan Emergency (darurat) adalah istilah kerajaan kolonial untuk konflik tersebut.MNLA memanggilnya Perang Pembebasan Kebangsaan Anti-British. Ladang-ladang getah milik penjajah dan industri perlombongan bijih timah telah ditekan dengan penggunaan terma darurat sejak mereka menghadapi kerugian yang tidak dilindungi oleh syarikat insurans Lloyd jika ia diisytiharkan sebagai peperangan.
Tentera pemberontak Malayan National Liberation (MNLA) dan penyokongnya hidup di dalam dan sekitar hutan tropika tebal. tentera British mengambil kira hutan yang tersedia dan bagaimana ia boleh mengawal serangan hendap dan usaha sabotaj oleh MPLA.

Pembangunan Trioxone, bersama-sama dengan herbisid lain, telah membawa perhatian seorang ketua UK angkatan tentera di Tanah Melayu Jeneral Harold Briggs pada tahun 1951. Ujian meluas dan penyemburan menggunakan kenderaan pemadam kebakaran yang diubahsuai telah diluluskan pada tahun 1952. Ini menyebabkan keseluruhan stok Trioxone dari ICI dibeli oleh pentadbiran yang dikendalikan oleh Melayu-UK.Laporan susulan akhirnya menunjukkan ia cara memotong rumput secara manual menggunakan tangan adalah lebih menjimatkan dan kerja penyemburan telah dihentikan.Untuk mengelakkan rasa malu akibat membeli kuantiti besar bahan kimia dengan harga yang mahal dan tidak berpotensi untuk digunakan,pentadbiran British yang diketuai oleh Sir Gerald Templer memutuskan untuk menyasarkan bekalan makanan pemberontak ‘yang sedang berkembang di bahagian-bahagian tidak boleh diakses daripada hutan.Penyemburan Trioxone dengan helikopter telah bermula pada Mac 1953.

Pada masa ini beberapa akhbar UK, seperti The Manchester Guardian,mengutuk penggunaan herbisid tersebut, dengan alasan bahawa ia umpama”senjata kimia”. Bahagian dalaman kerajaan British membuat kenyataan rasmi dengan menolak kebimbangan ini sebagai “propaganda Komunis” dan kerajaan mendakwa Trioxone dan herbisid lain yang telah diuji dan digunakan ialah tidak berbahaya kepada k manusia dan haiwan. Walau bagaimanapun, tiada ketoksikan atau kajian kesan jangka panjang pada alam sekitar telah dijalankan ke atas Trioxone sebelum penggunaannya.Sehinggalah pada 1957 saintis mendapati bahawa TCDD sentiasa terhasil sebagai bahan cemar dalam pengeluaran 2,4,5-T walaupun begitu, penyelidikan tidak mendapat bukti yang mencukupi ke atas implikasi alam sekitar dan kesannya pada kesihatan.

Legasi Dioksin, tragedi transatlantik

Ahli botani US Arthur Galston yang menemui kebolehan persisten dan ketoksikan TCDD dalam Trioxone dan AO pada alam sekitar.Beliau melobi untuk penyelidikan yang akhirnya berakhir penggunaan AO pada tahun 1971.Bencana industri Seveso pada tahun 1976, dan peningkatan jumlah aduan kesihatan dari veteran AS yang berkhidmat di Vietnam,mendorong kepada penyelidikan lebih lanjut tentang risiko daripada pendedahan TCDD .

Perkara yang sering diabaikan daripada Agent Orange dan sorotan cerita TCDD kesan toksiknya dan bahaya pada alam sekitar, ujian dan pemantauan bahan-bahan yang dibangunkan untuk kegunaan ketenteraan.

Tidak seperti di Vietnam di mana Amerika Syarikat, Vietnam dan kajian bebas telah dijalankan ke atas pencemaran yang berterusan laman di selatan negara ini, tidak ada sebarang kajian mengenai veteran yang mengendalikan Trioxone,di hutan Malaysia atau penduduk tempatan yang mungkin terjejas.

kredit kepada   InfoPestisid

 

 

BENCANA INDUSTRI YANG MELIBATKAN KIMIA

Bencana Dioksin Seveso

sev2
Mangsa Tragedi Seveso

Pada Sabtu Julai 10, 1976, letupan di kilang kimia Industrie Chimiche Meda Società Azionaria berhampiran Medea, Italy telah mengeluarkan awan toksik 2,3,7,8-tetrachlorodibenzo-p-dioksin, juga dikenali sebagai TCDD. Bencana Seveso mendapat namanya daripada komuniti kecil Seveso, yang merupakan kawasan yang paling banyak terjejas disebabkan kemalangan bahan kimia ini. Walau bagaimanapun, kemalangan itu menjejaskan sebelas masyarakat dalam jumlah besar antara Tasik Como dan Milan, termasuk Medea, Cesano Maderno, Desio, dan Barlassina. Kemalangan yang berlaku akibat daripada satu tindak balas eksotermik semasa pengeluaran kimia, mengeluarkan enam tan metrik bahan kimia tersebut ke udara, yang akhirnya meliputi kawasan yang lebih tujuh batu persegi. Kesan awal bencana termasuk kematian 3,300 haiwan dan 15 kanak-kanak telah dimasukkan ke hospital. Secara keseluruhan, bencana Seveso yang menyebabkan kematian lebih 80,000 haiwan, dan menyebabkan peningkatan luka-luka kulit, yang dipanggil chloracne, pada 447 individu.Haiwan ternakan yang terdedah dengan dioksin disembelih sebagai langkah berjaga-jaga.

SEVESO

Bencana Seveso merupakan yang paling teruk dalam siri kemalangan industri sebelumnya yang melibatkan kimia trichlorophenol (TCP). Kerana tahap bencana tersebut boleh dikatakan agak besar,Pihak kerajaan Itali telah menjalankan kerja-kerja dekontaminasi dan pembersihan secara besar-besaran. Sisa -sisa daripada pembersihan kilang telah dilupuskan melalui pembakaran, walaubagaimanapun proses ini mengambil masa lebih daripada sembilan tahun untuk membuahkan hasil. Perbicaraan di mahkamah telah dijalankan dan mendapati dua pekerja kilang dijatuhkan hukuman pada 23 Mei 1986. Berikutan bencana tersebut, Jawatankuasa Seveso telah ditubuhkan pada tahun 1982 untuk mengawal selia amalan keselamatan industri; arahan ini kemudiannya telah dipinda dan kini dikenali sebagai Jawatankuasa Seveso III atau Peraturan-Peraturan COMAH. Tapak bencana telah dirawat dengan teliti dan kini berdiri sebagai Seveso Oak Forest, sebuah taman awam.Pada tahun 1989, satu pasukan penyelidik iaitu Bertozzi dkk. membuat satu kajian mengenai peningkatan kadar kematian kardiovaskular di kalangan penduduk Seveso. Pada tahun 1993, pasukan yang sama yang membuat kajian yang lain yang menyatakan bahawa orang yang tinggal di kawasan yang tercemar di sekitar Seveso mempunyai risiko tinggi menghidapi beberapa jenispenyakit kanser.

Kebakaran Al-Mishraq
Gas sulfur dioksida terhasil apabila bahan api yang mengandungi sulfur dioksida dibakar; bahan api ini termasuk minyak dan arang batu. Walaupun industri pengeluaran gas sulfur dioksida berlaku disebabkan peleburan dan pembuatan yang lain atau proses perindustrian, pencemaran serius ini juga dikeluarkan dalam kuantiti yang besar dalam tragedi Al-Mishraq State Sulfur Plant.

Tragedi kebakaran Al-Mishraq berlaku di Loji Sulfur Al-Mishraq State, yang terletak di Mosul, Iraq, pada bulan Jun 2003.Bencana serius dipercayai terjadi hasil daripada kebakaran yang disengajakan pada 24 Jun, yang memakan masa hampir sebulan sebelum ia akhirnya dipadamkan. Sepanjang kebakaran tersebut,gas sulfur dioksida dan hidrogen sulfida dalam jumlah yang tinggi telah terbebas ke dalam alam sekitar, yang mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan di sekitarnya dan kebimbangan risiko kesihatan yang serius bagi mereka yang tinggal di kawasan itu.Dalam kebakaran tersebut loji Al-Mishraq mengeluarkan sebanyak 21,000 tan metrik sulfur dioksida ke atmosfera setiap hari, iaitu kira-kira separuh daripada pelepasan sulfur dioksida harian di Amerika Syarikat dan lebih gas sulfur dioksida daripada jumlah yang dihasilkan oleh kebanyakan letusan gunung berapi utama.Kepulan asap boleh dilihat pada data satelit NASA, yang telah digunakan untuk menganggarkan bahawa sebanyak 600,000 tan metrik sulfur dioksida dibebaskan semasa kebakaran.
Kebakaran Al-Mishraq adalah bencana buatan manusia yang membebaskan sulfur dioksida dalam sejarah. kejadian ini mempunyai kesan yang meluas dalam banyak aspek, termasuk, alam sekitar, dan kesihatan. Semasa kebakaran, api telah membakar sulfur halus bernilai $ 20 juta dan merosakkan tanaman tempatan yang hampir bernilai $40 juta. Tambahan pula,gejala peningkatan simptom pernafasan akut turut meningkat di kalangan penduduk tempatan di kawasan ini dan anggota Amerika Syarikat yang ditempatkan di rantau. Pendedahan kepada sulfur dioksida juga dikaitkan dengan terjadinya bronkiolitis constrictive dan sindrom disfungsi saluran udara reaktif.Walaupun ia mengeluarkan kuantiti besar gas sulfur dioksida ke udara, ia dipercayai bahawa api tidak akan mempunyai kesan jangka panjang yang mendalam kepada alam sekitar.

Tumpahan Sianida Baia Mare
Sianida adalah sebatian kimia yang sangat toksik yang dikenalpasti dan digunakan sebagai racun sejak beribu tahun. Hari ini, sianida juga digunakan semasa proses perlombongan tertentu untuk mengeluarkan emas dari bendasing. Pada tahun 2000, air sisa perlombongan emas dicemari sianida merebak ke dalam Someş River of Romania disebabkan kerosakan empangan menahan air yang tercemar telah patah. Kerana kesan meluas, maka tumpahan sianida Baia Mare sering dipanggil bencana alam sekitar terburuk di Eropah selepas Chernobyl.
Tumpahan sianida Baia Mare terjadi di Romania apabila sebuah empangan yang mengandungi air bercampur sianida dihasilkan oleh operasi syarikat perlombongan Aurul yang pecah disebabkan salji yang berlebihan, ditambah pula dengan reka bentuk empangan tidak menepati spesifikasi. Pada 30 Januari 2000, kegagalan empangan membawa kepada pembebasan daripada 3,500,000 kaki padu air yang tercemar yang mengandungi kira-kira 1,000 tan metrik cyanide atas tanah ladang berhampiran dan ke dalam Sungai Someş.

Dari Sungai Someş, sianida tersebar ke Tisza dan Danube Rivers, membunuh 80-100% daripada hidupan liar sungai-sungai.Tahap sianida dalam sungai meningkat lebih daripada 700 kali nilai yang boleh dibenarkan.Hidupan ikan antara yang paling terjejas,tetapi haiwan yang memakan ikan turut berisiko kerana ia memberi kesan pautan progresif pada rantaian makanan.Pencemaran air melalui sungai-sungai juga menyebabkan pencemaran air minuman manusia, meninggalkan lebih daripada 2.5 juta orang tanpa sumber air dengan serta-merta.
Ketika sianida telah sampai ke Danube, jumlah sungai besar telah membantu untuk mencairkan kimia. Walau bagaimanapun, ketika tumpahan terjadi, kawasan Danube mengandungi kepekatan sianida 20-50% ke atas tahap maksimum yang dibenarkan. Pemulihan ekosistem di kawasan ini adalah perlahan; dua tahun selepas tumpahan, nelayan melaporkan tangkapan ikan hanya satu perlima daripada jumlah asal mereka sebelum bencana terjadi. Walaupun proses menggunakan sianida dalam perlombongan emas masih belum diharamkan banyak kumpulan masih terus membantah penggunaan kaedah tersebut.

Tragedi Bhopal
Dianggap sebagai bencana perindustrian paling teruk di dunia setakat ini, bencana Bhopal bertanggungjawab untuk beribu-ribu kematian dan beribu-ribu kecacatan yang terjadi. bencana yang disebabkan pelepasan bahan kimia yang sangat toksik ke udara sekitar kilang, yang ditiup oleh angin ke atas bandar India Bhopal.10 tahun selepas kejadian itu, mangsa masih terjejas oleh masalah kesihatan, manakala tanah dan air sekitar terus tercemar dengan sisa kimia.

bhopal_gas_victim_bodies_20091019
Mayat mangsa Tragedi Bhopal

Bencana Bhopal berlaku antara Disember 2 dan ke-3, 1984, di kilang racun perosak Union Carbide India Limited, bertempat di Bhopal, India. Pada malam itu, awan toksik yang mengandungi metil isosianat dan bahan kimia lain telah dikeluarkan, menyebabkan lebih daripada setengah juta orang di kawasan tersebut dengan toksin ini.Pembebasan kimia itu sendiri adalah disebabkan apabila kehadiran air dalam tangki yang mengandungi metil isosianat, yang mengakibatkan tindakbalas tekanan berlebihan telah disalurkan dari tangki, membebaskan 30 tan metrik metil isosianat sepanjang kira-kira satu jam .Setelah tanda-tanda mula berlaku di kawasan sekitar, ramai orang orang mula bangun dan melarikan diri.

Menjelang pagi 3 Disember, beribu-ribu orang di kawasan sekitar kilang racun perosak tersebut telah tekorban. Sebab-sebab kematian termasuk sesak nafas, edema paru-paru, dan kegagalan peredaran reflexogenic;Kanak-kanak adalah mangsa yang terjejas teruk, kerana mereka tinggal berhampiran menyebabkan mereka menyedut kepekatan gas yang lebih tinggi. Menurut kerajaan Madhya Pradesh, kebocoran Bhopal yang mengakibatkan 3,787 kematian pada mulanya, dengan anggaran beberapa ribu individu mati dalam tempoh dua minggu seterusnya akibat daripada terdedah pada gas tersebut.Tambahan pula, kebocoran menyebabkan 38.478 kecederaan sementara dan kira-kira 3,900 cedera parah atau lumpuh. Kilang ini telah ditutup pada tahun 1986, tetapi kemudiannya digunakan sebagai tapak pembuangan bahan kimia berbahaya. Hari ini, bahan kimia dari loji ini terus mencemarkan tanah dan air di sekitarnya dan kesannya ke atas kesihatan manusia masih dalam siasatan.