ADAKAH BERGABUNG DENGAN PEMBANGKANG ITU SATU PENGKHIANATAN?

Sebelum ini bukan main riuh rendah lagi macai-macai Najip mengatakan Tun M adalah pengkhianat kerana menjalinkan gabungan bersama pembangkang.Oleh kerana itu SB siarkan satu artikel yang berkenaan isu yang sama.(C&P)

BERGABUNG DENGAN PEMBANGKANG SATU PENGKHIANATAN?

Jika pemimpin UMNO pada hari ini berkata tindakan BERSATU yang sedia bekerjasama dengan pembangkang adalah satu PENGKHIANATAN kepada orang Melayu.

Bukankah ianya bermakna mereka berkata tindakan Allahyarham Tun Abdul Razak bergabung dengan pembangkang dalam membentuk BN juga suatu pengkhianatan?

Tahukah Kita Bahawa Parti Perikatan Pun Bekerjasama Dengan Pembangkang Dalam Membentuk BN?

1. Malam tadi saya menonton lintas langsung program Bicara Rakyat di kampung saya, Ketereh , Kelantan.

Program tersebut menampilkan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

2. Saya bersengkang mata hingga jam 2:00 pagi waktu Hobart untuk menonton kesemua ucapan dimana Tun M menjadi penceramah terakhir.

3. Telah menjadi kebiasaan saya sejak dari kecil, saya cuba untuk tidak melepaskan peluang mendengar atau membaca ucapan Tun M, terutamanya dalam program-program politik.

4. Ini kerana ucapan beliau sarat dengan maklumat-maklumat dan fakta-fakta yang menarik.

5. Dalam ucapan malam tadi, beliau menyentuh tindakan pemimpin-pemimpin BN yang mengutuk beliau kerana bekerjasama dengan pembangkang.

6. Beliau menekankan bahawa di dalam politik, strategi amatlah penting. Menurut Tun M, selaku belas Pengerusi BN, rahsia BN menang di dalam pilihanraya ialah kerana mereka tidak bertanding melawan sesama sendiri.

7. Tun M menegaskan bahawa kita perlu ingat yang Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional selepas tragedi 13 Mei dengan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di waktu itu seperti Gerakan, PPP (People’s Progressive Party), SUPP dan juga PAS.

Menurut Tun M, DAP pada masa itu juga dijemput untuk bersama, tetapi parti tersebut menolak.

8. Oleh itu, menurut Tun M, bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya BERSATU bersedia bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain.

Tun Razak bekerjasama dengan pembangkang pada waktu itu untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kukuh.

9. Ini satu hujah yang amat menarik!

10. Jika kita imbas kembali, dalam Pilihanraya Umum 1969, Gerakan telah Berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Penang dengan merampasnya dari MCA.

PPP pula hampir membentuk kerajaan di Perak (hanya kekurangan dua kerusi) manakala PAS pula membentuk kerajaan di Kelantan.

11. Pada 1972, Gerakan dan PPP menyertai Parti Perikatan. Ianya kemudian diikuti oleh PAS.

Akhirnya pada 1973, Barisan Nasional dibentuk.

12. Oleh itu, jika pemimpin BN berkata tindakan BERSATU yang sedia bekerjasama dengan pembangkang adalah satu pengkhianatan kepada orang Melayu, bukankah ianya bermakna mereka berkata tindakan Allahyarham Tun Abdul Razak bergabung dengan pembangkang dalam membentuk BN juga satu pengkhianatan?

Bayangkan jika DAP bersetuju untuk bersama BN ketika itu!

13. Bagi saya, ianya bukanlah satu pengkhianatan.

Tetapi satu strategi politik yang ampuh untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil selepas negara melalui tragedi 13 Mei.
.
14. Sama-samalah kita fikirkan!14054213_882676401865748_7209019125159805989_n

Dr Radzi Jidin
Hobart
Australia
27 Ogos 2016
Untuk FB Bicara Malaysia

 

 

 

Advertisements

MENGAPA MP BN PERLU TAKUT UNTUK MENGISYTIHARKAN HARTA?

Tergelak SB bila membaca laporan akhbar berkenaan kenyataan Ku Nan mengenai soal pengisytiharan harta di mana beliau memberi alasan yang tak masuk akal iaitu takut dirompak jika harta beliau didedahkan.SB nak tanya MP ni ,setakat ni berapa ramai orang terkaya di Malaysia yang pernah kena rompak/tergugat keselamatan kesan mereka mengisytiharkan harta?

Bukankah sebelum ini MP dari BN pun ada membuat pengisytiharan harta? MP Pandan iaitu Rafizi Ramli boleh membuat pengisytiharan hartanya melalui akuan bersumpah pada tahun lalu.Tiada pula timbul isu diugut,dirompak dan sebagainya.Mengapakah MP BN tidak berani itu melakukan perkara yang sama?Sepatutnya BN mencontohi Kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan Harapan di mana setiap ADUN diwajibkan mengisytiharkan harta mereka.Boleh baca di SINI

rafizi

 

“Oleh kerana harta itu dikumpul sebelum menjadi wakil rakyatlah maka harta itu perlu diisytiharkan secara terperinci supaya rakyat tahu bahawa seorang wakil rakyat itu tidak terlibat dengan salah laku rasuah atau penyelewengan semasa menjawat jawatan awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

isytihar
Pengisytiharan harta pada siapa tu?..hehehe

SB:Mungkinkah kerana BN kini takut dengan cadangan yang mereka  yang mereka war-warkan selama ini umpama takut dengan bayang-bayang sendiri?

isytihar1

 

 

 

 

 

CYTRO BN MASJID TANAH,SILA KAJI DULU AUKU SEBELUM KELUARKAN KENYATAAN DANGKAL ANDA!

Beria-ia benar pemakan-pemakan dedak najib menunjukkan kebodohan mereka demi mempertahankan tindak tanduk pemimpin mereka yang ternyata bertentangan dengan prinsip.Untuk menjawab segala kenyataan pendedak Najib ini.saya ada lampirkan beberapa skrinshot sebagai rujukan.

bnbodoh

Printskrin di bawah ini saya ambil daripada akta AUKU pindaan 2012 di mana pelajar-pelajar IPT tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat dalam parti politik dan majlis (persidangan dsb) yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik dalam kampus/IPT tempat mereka belajar.Boleh baca skrinshot tersebut untuk maklumat lanjut.Adakah majlis yang UMNO Masjid Tanah itu anjurkan tidak bermotifkan politik?UMNO itu apa??..kuda kepangkah???

goblog

 

Nasihat SB buat cytro BN yang baru nak up ni,janganlah letakkan kesalahan diri sendiri pada orang lain kerana anda pun 2×5.Tidak timbul bab memohon atau memaksa di sini kerana tugas pelajar adalah untuk belajar dan berjaya.

PELAJAR DIKERAH HADIR KE MAJLIS PERSIDANGAN UMNO?

Cerita ni baru sahaja SB dapat dari kawan SB di Melaka.Tindakan terdesak umno melaka apabila mengerahkan para pelajar hadir ke majlis Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka yang dirasmikan oleh Nazri Aziz.
Mengapa mengganggu para pelajar dan mengerahkan mereka menghadiri majlis-majlis politik begitu?
Jelas tindakan ini sebenarnya menunjukkan mana-mana majlis anjuran umno tidak lagi dihadiri oleh orang ramai dan hanya dihadiri oleh pemakan dedak sahaja.
Jadi, untuk meramaikan majlis, dan ‘snap’ gambar-gambar yang kononnya perwakilan umno, kemudian disebarkan dengan mengatakan umno masih lagi mendapat sokongan rakyat dan menjadi pilihan golongan muda, maka umno Masjid Tanah terpaksa mengerahkan para pelajar supaya menghadiri majlis yang sepatutnya dihadiri oleh hanya Perwakilan sahaja.
Ini adalah tindakan tidak beretika! Ibubapa menghantar anak-anak mereka untuk menimba ilmu, bukannya berpolitik!
Jangan pergunakan pelajar-pelajar kita demi kepentingan politik kalian! Hormati hak mereka!
Banyak cara lain boleh digunakan, tapi bukan dengan mempergunakan para pelajar ini dengan perkara-perkara sedemikian.

Ini adalah suatu bentuk penindasan keatas intitusi pelajar. Mengerahkan samalah maksudnya dipaksa. Jangan paksa para pelajar menyertai politik terdesak kalian!
Dalam perkara ini, ibubapa sebenarnya boleh membuat laporan polis dan tindakan undang-undang kerana mereka telah mengganggu anak-anak anda sebagai pelajar dengan memaksa dan mempergunakan mereka bagi menghadiri majlis-majlis sedemikian tanpa keizinan ibubapa.

SB:Jika perkara di atas terbukti benar,apa pula penjelasan dari pihak yang berkaitan?

BRIM ITU DUIT RAKYAT JADI KENAPA MACAI PERSOALKAN?

Baru-baru ini juga SB ada terbaca tentang macai Jibby @ Najib yang memperbesar-besarkan isu  tentang BRIM yang diterima oleh Ratu Naga.Pada SB,macai Najib ni memang dah tiada isu untuk dimainkan selain memburuk-burukkan pihak lawan bagi mendapatkan dedak untuk meneruskan kehidupan.Apa korang fikir selama najib  ni buat BR1M tu keluar duit dari poket Najib ke?.2.6b tu pun dia senyap sampai kena kantoikan baru dia nak mengaku.

 

Baru-baru ini, seorang blogger berkongsi siaran Facebook oleh pengguna “Rosli Samat”, yang memuat naik tangkapan skrin dari laman web BR1M mendedahkan bahawa Najib pengkritik terkenal, Syarul Ema Rena Abu Samah, merupakan penerima bantuan tersebut.

Setiap tajuk paparan di berbunyi: “Mahathir dan PakaTun tidak suka BR1M. Tetapi pro-Mahathir Ratu Naga mengambil BR1M? ”

Untuk pengetahuan macai Najib yang sememangnya dungu,BR1M ini adalah hasil dari pembayar-pembayar cukai serta GST dan setiap rakyat ada hak untuk menerima samada mereka menentang atau menyokong Najib.Mereka adalah rakyat Malaysia dan tiada konflik kepentingan di situ.

Kata MP Klang, Charles Santiago kepada FMT. “Wang BR1M datang daripada rakyat dan bertujuan untuk memberikan sokongan kepada keluarga miskin. Jika benar Ratu Naga adalah penerima yang sah, maka tidak ada kemunafikan dalam dia mengambil wang itu, walaupun mengkritik Najib

.”BR1M adalah satu dasar yang telah dibangunkan  untuk membantu orang ramai. Bloggers sepatutnya menumpukan pada wang yang didakwa telah dicuri daripada rakyat. ”
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming bersetuju dengan Santiago. “Tidak ada sebab mengapa BR1M tidak perlu dibelanjakan untuk membantu rakyat yang mempunyai pendapatan rendah,” katanya.

Cadangan SB,bagi mereka yang menentang Najib dan tidak memerlukan BR1M dikecualikan daripada membayar GST? siapa setuju?

 

 

 

DYMM DIKAITKAN DENGAN MO1 OLEH MP BN,MANA PERGI SUARA PAHLAWAN MELAYU?

SB rasanya amat bengang dengan kenyataan dungu yang dibuat oleh MP langkawi yang mengaitkan DYMM agung sebagai MO1 yang terbabit dalam skandal 1MDB.Beginikah rupanya manusia di dalam parti yang kononnya memperjuangkan agama,bangsa dan negara?Difahamkan  laporan polis telah dibuat ke atas MP Langkawi atas kenyataan biadap tersebut.

“Misteri mengenai siapa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1′ yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika berkaitan dakwaan penyelewengan dana 1MDB menjadi semakin kalut dengan kenyataan wakil rakyat Umno, Datuk Nawawi Ahmad.

Dalam tulisan di Facebook, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

“Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) – badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.

“Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.

“Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong,” katanya.

Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, “Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4.”

 

 

 

Di manakah pendirian SKMM dalam hal ni?Adakah SKMM hanya berani bertindak pada rakyat biasa sepertimana yang berlaku pada Ratu Naga yang tak sampai 24 jam didatangi 10 pegawai polis ibarat orang berbahaya  hanya kerana ungkapan comel,manja & lucu?Boleh baca di SINI .Yang peliknya sehingga sekarang  2 page (Suara rakyat & Johor Bangkit) yang turut menyebarkan perkara yang sama tidak diambil tindakan?.Mengapakah laporan polis yang dibuat oleh Ratu Naga ke atas blogger UMNO yang berniat mengaibkan TMJ dan Sultan Johor sebelum ini seolah-olah tidak diambil peduli?Jika Ratu Naga rakyat biasa boleh ditangkap dan dibicara rasanya tidak perlu ada double standard dalam kes MP  Langkawi dan blogger pro UMNO ini.Mana perginya Akta Sakit Hati serta Pahlawan Baju Merah,Pemuda Umno, dan lain-lain NGO kaki repot polis  kononnya memperjuangkan Melayu.Mana suara mereka apabila raja dihina dengan perkaitan sedemikian rupa?.kamu ini pejuang Melayu atau pejuang Najib?

ratu

Diharap pihak-pihak berkaitan tidak pilih bulu dalam menjalankan tugas

 

PENAFIAN

Segala penulisan di blog ini hanyalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemahaman dan pengalaman.Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab diatas kerosakan,kemalangan, kerugian dan lain-lain musibah yang menimpa kepada sesiapa yang meniru perbuatan didalam artikel, gambar, video, iklan dan lain-lain didalam blog ini.  Gambar dan video yang diambil dan digunakan adalah dari sumber sendiri, media sosial, forum, group, blog, website serta menggunakan enjin carian terpilih.