SELEPAS A9,GENG K9 BERBALAH PASAL CABUTAN BERTUAH PULAK!!!

 

Inilah antara rupa-rupa pejuang dedak UMNO sekarang.Beginilah jadinya jika wang atau habuan menjadi sandaran selari dengan motto Cash Is King yang dibawa oleh Jibby.Sebelum ni bertekak di laman siber kerana berebutkan handphone Samsung A9 ,la ni mereka berbalah pasal cabutan bertuah plak dah.Nasib kaulah labu oii,sepanjang masa kena tipu.Ini adalah antara screenshot yang SB berjaya dapatkan dari facebook.Tak pasal-pasal je modal cabutan bertuah yang Rauf plan jadi modal maki macai-macai 6.6%.Jantan dan betina K9 ni punya bahasa makk aii.Harapkan bertudung mulut macam sun***.Apa komen Rauf and his gang?

ADA SISWA MENGAKU DIKERAH KE ACARA UMNO CARA KOTOR

Semalam merupakan ulang tahun Umno yang ke-71. Dalam ribuan hadirin yang menghadiri upacara penuh bersejarah itu, siapa sangka ada hati yang terluka.

Itulah yang dihadapi oleh sesetengah mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pada awalnya didakwa dimaklumkan mereka diwajibkan hadir ke “Program Sukarelawan Patriotisme Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seawal jam 10 pagi sebanyak 110 buah bas dengan ke muatan 44 orang mahasiswa mereka bergerak ke Bukit Jalil secara berperingkat, namun setibanya di situ, tiada program seperti yang dimaklumkan sebaliknya ia adalah sambutan ulang tahun Umno yang ke-71.

Menurut mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Syafiq, UiTM mewajibkan mahasiswa yang mengikuti kelas kokurikulum untuk menghadiri program itu dan sekiranya ingkar, mereka akan diambil tindakan.

“Pihak UiTM kata ini program sukarelawan tapi kami kena tipu. kami datang dari pagi lagi duduk bawah pokok, dah dua kali periksa darah dan sekarang duduk balik bawah pokok.

“Sekarang ni dah letih sangat, tak tahu nak buat apa-apa dah sekarang ni,” katanya kepada Malaysiakini.

siswa1

Seorang anggota lembaga pengarah UiTM Datuk Irmohizam Ibrahim menyifatkan dakwaan itu sebagai “fitnah” yang boleh mencemarkan nama institusi itu.

Sementara Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa juga dilapor menafikan dakwaan itu, dengan berkata sambutan malam tadi “terbuka” kepada sesiapa yang berminat.

Ia bagaimanapun selari dengan dakwaan Pemuda PKR dan Pemuda DAP yang mendedahkan dakwaan rakaman skrin WhatsApp dan surat menyurat berkaitan.

Kesemua mahasiswa yang ditemui Malaysiakini semalam enggan nama penuh mereka disiarkan.

‘Kami ada parti sendiri’

Mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Razak pula mempersoalkan mengapa kerajaan sebelum ini melaungkan mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik namun bertindak sebaliknya.

“Sudahlah macam program yang dia kata pada awalnya itu tak ada. Saya rasa program hari ni kurang sesuai, sebab kerajaan kata pelajar tak boleh terlibat dengan politik tapi ini dah lain dah ni,” katanya.

Bagi Ismail, UiTM tidak boleh memaksa pelajar yang sudah berusia 21 tahun ke atas ke program Umno memandangkan mereka sudah boleh mengundi.

“Kami dah berusia 21 tahun, tak bolehlah paksa macam ini. Kami pun ada parti yang kami pilih dan lebih-lebih lagi undi ini rahsia,” kesalnya.

siswa

Namun lain pula yang dihadapi oleh pelajar sebuah kolej apabila mereka pada awalnya hanya diberitahu untuk hadir ke program “Kadet Pispa” dalam program sukarelawan bersama menteri.

Menurut pelajar yang mahu dikenali sebagai Faiz, beliau dan rakan-rakannya tidak menyangka akan dikerah ke program ulang tahun Umno.

Katanya, ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil hari ini, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai urus setia majlis ulang tahun Umno ke-71 tiba-tiba memberi baju parti yang berwarna merah untuk dipakai.

Malah lelaki tersebut turut mengingatkan semua pelajar supaya tidak mengambil gambar dengan memakai baju Umno serta memuat naiknya di laman sosial.

“Pada awalnya dia kata datang program lain, tapi rupanya program Umno. Kami dari pagi lagi ini, penat sangat dah dan tak tahu dah nak pergi mana, kalau tahu program macam ini kami tak datang,” katanya yang mendakwa dibekalkan wang sebanyak RM10 setiap seorang.

Pelajar tahfiz baca Yasin

Selain mahasiswa turut kelihatan juga pelajar tahfiz yang berusia dalam lingkungan 13 tahun yang turut diawasi oleh gurunya.

Menurut Ketua warden Sekolah Tahfiz Imtiyaz Ulul Albab Alor Gajah Melaka, Anuar Ismail kedatangan seramai 230 pelajarnya yang berusia 13,14 dan 16 tahun itu sekadar menghadiri undangan dari Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, mereka dipanggil untuk membacakan Yasin sempena Nisfu Syaban dan menafikan terlibat dengan politik.

“Kita tak terlibat dengan politik, kita datang untuk baca yasin sebab Nisfu Syaban. Bagi saya kita tak boleh campur aduk politik, ini jemputan Datuk Seri Ahmad Zahid nak sambut Nisfu Syaban,” katanya yang menambah tidak memaklumkan kepada ibu bapa pelajar itu.

Mengikut tinjauan Malaysiakini, pelajar-pelajar ini hanya duduk berkeliaran sejak tengah hari tadi sebelum menunggu kedatangan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Pengunjung ke acara itu berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah termasuk kereta yang semuanya berjumlah hampir RM1 juta.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Umno berkaitan perkara ini.

Malaysiakini

 

SB:Menggunakan pelajar IPT demi kepentingan politik ni sebenarnya sudah lama diorang praktikkan.Sebelum ini pun SB ada menulis tentang pelajar KKTM Masjid Tanah yang disuruh menghadiri Persidangan Mesyuarat Agung UMNO Masjid Tanah.Mungkin pelajar tersebut digunakan sebagai pencukup korum setelah UMNO semakin hari semakin hilang sokongan daripada bangsa Melayu.Boleh baca di SINI Jika perkara yang seumpama dengannya dilakukan oleh Pakatan Harapan,maka berkokoklah TV3,Utusan,portal-portal,tentera siber macai 6.6% dan yang sewaktu dengannya mengecam perkara tersebut.Kenapa pula senyap bila kena batang hidung sendiri?.

BENARKAH PORNOGRAFI POPULAR DI PANTAI TIMUR?

81494407264_freesize
Kata kunci “Maria Ozawa” mencatat rating tertinggi di Google

Beberapa hari lepas berita kehadiran selebriti filem dewasa,Maria Ozawa ke Kuala Lumpur bersama teman lelakinya menjadi tular di media-media sosial setelah beliau berkongsi gambar melalui Instagramnya.Selain itu hasil carian menggunakan enjin carian google dengan kata kunci “Maria Ozawa”mencatatkan bacaan tertinggi daripada lokasi di Kota Bharu,Kelantan.Ini menunjukkan ramai orang Kelantan dan Terengganu yang begitu teruja dengan kehadiran maria Ozawa ke Malaysia berbanding pengguna internet di negeri yang lain.Selain itu terdapat beberapa gambar di Instagram Maria Ozawa memaparkan beliau bergambar dengan beberapa orang lelaki (mungkin peminat agaknya tu kot). Maria Ozawa, 31, merupakan bekas pelakon filem lucah dari Jepun yang bermula kariernya sejak 2005. Bagaimanapun, kunjungan Maria di Malaysia setakat ini tidak menunjukkan tentangan keras NGO dan parti Islam secara terbuka seperti nasib dialami artis-artis barat sebelum ini.

Sebelum ini Akhbar The Star melaporkan dengan memetik sumber daripada syarikat laman web video dewasa PornHub akses ke atas laman web berkenaan amat popular di sekitar negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.Pengguna di Kuala Terengganu menghabiskan melayari laman web itu,mencatatkan jumlah klik paling tinggi setiap minit.Melalui statistik yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut pengguna meluangkan masa purata 12 minit 58 saat menonton dan mencari bahan pornografi.Pengguna di Kuala Lumpur merupakan pengguna kedua tertinggi iaitu 12 minit 29 saat diikuti Kota Bharu dan Miri masing-masing 12 minit 27 saat. Negara paling lama menonton Pornhub adalah Filipina (14:22 minit) dan diikuti oleh Malaysia. Negara lain yang turut tersenarai ialah Myanmar (10:54minit), Indonesia (10:11minit), Singapura (9:50minit), Brunei (9:45minit), Laos (8:28minit), Vietnam (8:24minit), Thailand (8:15minit) dan Kemboja (8:07minit).Bercakap kepada The Star, Naib Presiden Pornhub Corey Price berkata sesetengah negara mungkin telah mencatatkan tempoh masa yang lebih lama untuk setiap lawatan kerana mereka telah mencari video yang betul.

“Kadang-kadang, proses pemilihan boleh memakan masa, justeru ia tidak menghairankan apabila jumlah pelbagai diperolehi di laman web kami,” katanya.

graph2

Juga dilaporkan di dalam akhbar The Star sebelum ini yang juga memetik sumber dari PornHub,wanita Malaysia berada pada tangga ke 7 dunia paling ramai melayari laman web pornografi menggunakan telefon pintar. Kira-kira 84% wanita Malaysia melayari laman tersebut melalui telefon bimbit berbanding hanya 66% lelaki yang berbuat demikian. Bagi peratusan tertinggi, 91% wanita di Afrika Selatan, diikuti 89% Amerika Syarikat dan 86% Britain.Walaupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghad atau menutup akses laman web pornografi ini,namun ianya masih boleh diakses hanya dengan membuat sedikit perubahan pada tetapan internet.

ADAKAH UMNO KINI BERUSIA 71 TAHUN?

umno11
News Straits Times 22 Feb 1988 – Google News

Hari ini 11 Mei jatuhlah ulangtahun UMNO yang ke 71 opss 29 tahun.Sebab apa SB kata sedemikian kerana UMNO sekarang adalah UMNO yang baru.UMNO asal telah diharamkan pada tahun 1988 berikutan guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO pada Jun 1987 (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.
Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.
Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988 (boleh lihat pada rujukan keratan akhbar di atas).terdapat perbezaan yang ketara antara logo dan bendera UMNO asal dan UMNO baru.KemudiannyaTengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Dengan kata lain UMNO asal telah mati pada 1988 dan telah dilahirkan semula sebagai UMNO baru hingga sekarang.Maksudnya usia UMNO sekarang adalah 29 tahun dan bukannya 71 tahun.Umur seseorang di kira dari tarikh lahir hingga tarikh semasa selagi mana dia hidup. Kalau dia dah meninggal,umurnya tidak di kira lagi.Jadi bagaimana dengan umur UMNO baru, adakah di kira dari tarikh penubuhannya yang baru atau tarikh penubuhan UMNO lama?Logikkah UMNO yang dilahirkan semula pada 1988 kini berusia 71 tahun.Ini adalah satu penyelewengan fakta yang amat jelas sehinggalah hari ini.Fikir-fikirkanlah.

DEBAT:KENAPA PERLU TAKUT?

SB ada membaca laporan Sinar Harian semalam bahawa debat yang bakal diadakan antara DS Mukriz Mahathir dan Harris Batu Karang merangkap bekas pegawai khas beliau telah dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan oleh pihak polis.Sebelum ini Harris telah menangguhkan debat disebabkan faktor kesihatan (penyakit batu karang).Seperti SB jangkakan sebelum ini perkara yang sama pasti akan berulang.SB memang sudah maklum dengan perangai ahli-ahli Bee End ni.Mereka mencabar debat dan akhirnya mereka yang takut pula hendak berdebat dan seterusnya pelbagai alasan dicipta untuk mengelak daripada berdebat.Khabarnya DS Mukhriz bakal mengambil tindakan kepada Harris atas dakwaan memfitnah beliau.

pixlr_20170428154011860 copy
Macam-macam alasan…

Dan timbullah pelbagai alasan yang diberikan seperti faktor keselamatan,tajuk  dan lokasi debat yang tidak sesuai,bakal menimbulkan rusuhan dan lain-lain.Begitu jugalah dengan Jibby yang kononnya berani untuk menjelaskan segala-galanya dalam program beliau dalam Nothing To Hide namun akhirnya tidak berani menghadirkan diri setelah menyedari kehadiran Tun M dan mengarahkan pihak polis agar membatalkan program tersebut.Begitu juga yang terjadi pada Nazri Aziz yang bajet bagus hanya berani menunggu Tun M untuk berdebat di depan MRSM walhal debat tersebut telah dibatalkan oleh pihak polis disebabkan ketidaksesuaian lokasi iaitu sekolah (MRSM) untuk menjadi medan berpolitik dan timbul satu lagi alasan bodoh di mana pihak polis telah membatalkan satu lagi debat Tun M dengan Nazri Aziz setelah menerima beberapa laporan mendesak debat tersebut dibatalkan kerana diadakan di tempat yang tidak sesuai iaitu kawasan perumahan walhal Pejabat Sinar Harian adalah di terletak kawasan perindustrian di Shah Alam.

FB_IMG_1490783834824
Deep…

 

SB makin muak dengan perangai ahli amno ni yang hanya berani disebalik tabir dan takut bila berhadapan.depan penyokong merekalah mengaku mereka pejuang dan pahlawan hakikatnya mereka sebenarnya kosong lagi hampas!Talian hayat mereka yang terakhir bagi mengelakkan berdebat dengan lawan mereka SB rasa semua dah sedia maklum siapa kan?.Memang sesuai la slogan Jibby Debat Bukan Budaya kita kerana mereka semua sebenarnya memang penakut.

MENGAPA PERLU SEMBUNYIKAN KEBENARAN?

Baru-baru ini kecoh di dada akhbar dan di TV3 suku dan digembar gemburkan oleh cytro beruk 6.6 A9 mengenai kenaikan tarif air di pulau Pinang.SB pun tak hairan sangat dengan mereka ni,maklumlah mereka ni baru dapat A9 kan?Di sebalik kenaikan tersebut,mereka tidak tahu bahawa tarif air di negeri bawah pemerintahan pakatan harapan adalah yang terendah di Malaysia.

TARIF
Adakah tarif air Malaysia telah diOSAkan?

Di Selangor bekalan air 20m padu diberi secara percuma kepada rakyat Selangor dan di Pulau Pinang bekalan air diberi kepada rakyatnya dengan jumlah 35m padu dengan tarif yang terendah berbanding di semua negeri dalam Malaysia.Tarif air yang termahal adalah di Johor bawah pentadbiran Bee End dengan kadar 1m padu bersamaan RM 1.07.Di Melaka pula tarif air adalah sebanyak 75 sen per meter padu.Cuba buat perbandingan sekiranya rakyat di kedua-dua negeri bawah Bee End tersebut menggunakan air sebanyak 20m padu,berapakah nilai yang mereka perlu bayar?SB telah cuba untuk mengakses tarif air bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia di laman web SPAN namun gagal,tak tahu la sama ada tarif air kini turut diOSAkan seperti dokumen penyata kewangan OnemDeeBee?

 

 

air-percuma-20-liter
Manifestolol BN

Untuk menjelaskan dengan lebih lanjut,20m padu air adalah bersamaan satu kubik meter bersamaan 1000 liter.20m padu adalah bersamaan dengan 20,000 liter atau dengan kata lain satu kontena cecair penuh.BN juga diketahui mengambil pendekatan yang sama dalam memenangi hati rakyat Selangor pada PRU 13 sebelum ini dengan turut menawarkan insentif bekalan air percuma (ciplak manifesto PR) tetapi dengan menawarkan sebanyak 20 liter air (bersamaan 1 tong cat besar) hahaha.

tanki 1malaysia
Hadiah Bee End setiap 5 tahun sekali di Sabah

SB ingin bertanya kepada macai Bee End mengapakah mereka-mereka ini suka menyembunyikan kebenaran?Manifesto pemberian bekalan air percuma adalah salah satu contoh terbaik sumbangan daripada kerajaan Pakatan Harapan.Mereka hanya suka menuding jari pada pihak Pakatan Harapan kononnya gagal dalam mengurustadbir bekalan air,tapi mereka lupa tengok cermin tentang kelemahan tadbir mereka.Di Sabah,kemudahan bekalan air bersih amatlah menyedihkan.Peruntukan demi peruntukan keluar berjuta-juta tapi akhirnya masuk ke mulut siapa?Yang di atas sapu berjuta,rakyat pula menderita.Adakah kempen tong biru yang memang sinonim dengan Bee End dan akan berterusan setiapkali menjelang PRU?Nak Undi BN lagi?Fikir-fikirkanlah.

KENYATAAN PALING HANGAT DARIPADA PAKAR AUTOMOTIF GRED 6.6%

topgear
Teori apa yang macai 6.6% ni pakai???

Tersembur kopi yang SB minum ketika sarapan pagi ni bila melihat post macai 6.6% yang berlagak seperti pakar permotoran ala-ala Top Gear di facebook yang  memperlekehkan bas elektrik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui pakatan Harapan.Mereka dengan yakinnya mengatakan Kerajaan Selangor menipu kerana  bas elektrik tersebut tidak menggunakan elektrik kerana tiada kabel bekalan kuasa yang tersambung pada kenderaan tersebut.Di Melaka yang sudah lama mempunyai khidmat bas elektrik  sejak tahun 2015 dan SB tak pernah jumpa sebarang kabel  bekalan kuasa yang bersambung dengan bas untuk menggerakkannya.SB percaya mereka mungkin membuat kenyataan ni berdasarkan kepada prinsip sistem Komuter yang memerlukan 100% kuasa elektrik secara langsung bagi menggerakkannya dan percaya prinsip sistem Komuter dan bas elektrik adalah sama.Sejak bila pula bas elektrik memerlukan kabel untuk mendapat bekalan kuasa bagi menggerakkannya?Jika menggunakan kabel kuasa sebagai sumber tenaga,berapa panjang kabel bekalan kuasa  agak-agaknya yang perlu disediakan?Adoiii sila la belajar jadi cerdik.

Untuk pengetahuan umum,bas elektrik adalah kenderaan hybrid yang  menggunakan dua mekanisma untuk menggerakkannya.Mekanisma pertama,ia menggunakan sistem bahan api iaitu enjin diesel dan yang kedua menggunakan sistem bateri  kuasa tinggi  yang dicas.Sekiranya kenderaan ini kehabisan bekalan kuasa (elektrik) kenderaan tersebut boleh menggunakan bahan api diesel sebagai sumber tenaga.Kenderaan tersebut akan dicas kembali di pusat servis atau di  stesen minyak yang menyediakan perkhidmatan ChargingEV.Penerangan SB sudah cukup jelas dan untuk pengetahuan macai,bateri dalam sistem bas inilah yang menjadi sumber kuasa elektrik untuk menggerakkannya.Dengar khabarnya pemilik post tersebut sudah memadamkan post tersebut.Golongan ini la yang tinggal dalam amno bn sekarang.Benarlah kata tun M sebelum ni,dedak itu makanan haiwan dan sendiri boleh nilai bagaimana tahap pemikiran macai dedak 6.6% ini…

 

Malu..malu… hahahaha

 

KISAH JOSEPH STALIN,AYAM DAN DEDAK

ayam-togel
Gambar Hiasan

Joseph Stalin adalah seorang diktator yang paling kejam di dalam sejarah Russia .

Pada suatu hari Stalin melangkah masuk ke mesyuarat kabinetnya sambil mengepit seekor ayam hidup.Sepanjang mesyuarat berlangsung Stalin tidak bersuara walau sepatah perkataan pun. Sebaliknya, dia leka mencabut bulu ayam tersebut satu persatu dengan sadis dan tanpa belas kasihan. Setiap kali bulu nya di cabut si ayam akan mengerang kesakitan. Dan menteri menteri Stalin walaupun agak terganggu dengan apa yang berlaku tetapi masih meneruskan mesyuarat seolah olah tiada apa yang berlaku. Mereka tahu apa akibat nya kepada yang berani menegur dan menentang Stalin.

Setelah setiap bulu di tubuh ayam tersebut di cabut, Stalin mengangkat tangan memberi isyarat supaya mesyuarat di hentikan. Dia meletak kan ayam yang togel tanpa bulu dan dengan tubuh yang di penuhi darah di atas meja. Dari poket baju nya, Stalin mengeluarkan bungkusan kecil yang mengandungi dedak dan menaburkan beberapa butir kepada ayam tersebut. Dan setiap butir dipatuk dengan lahap nya oleh sang ayam yang seolah olah lupa dengan segala kesakitan yang di alami dan kekejaman yang baru lakukan oleh Stalin ke atas nya.

Setelah itu, tanpa berkata apa apa, sambil membersihkan bulu ayam di pakaian nya, Stalin bangkit dari kerusi dan meninggalkan dewan mesyuarat. Dan si ayam togel melompat dari meja dan mengekori Stalin dari belakang.Kali ini tanpa perlu pegang atau di kepit oleh Stalin.

Nasib rakyat Malaysia ini umpama kisah Stalin di atas.Ketika rakyat Malaysia berhadapan dengan pelbagai tekanan seperti kenaikan harga barang,pemotongan pelbagai bajet untuk rakyat,bantuan yang pilih kasih dan lain-lain.Ketika rakyat mula marah,bantuan seperti BRIM,BB1M dan sebagainya diberikan untuk meredakan rakyat seumpama dedak yang diberikan oleh Stalin kepada ayam tersebut.Nasib rakyat Malaysia umpama ayam tersebut,diseksa dan diberikan dedak sudah cukup untuk menjinakkannya,

JASA BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

  1. Subsidi beras ST 15 dimansuhkan
  2. Harga kereta semakin hari semakin naik
  3. Harga rumah semakin hari semakin naik
  4. caj tol semakin naik
  5. Minyak RON 97 dikenakan GST
  6. Bajet pendidikan dipotong
  7. Rebat elektrik dipotong
  8. Subsidi tepung beg 25 kg dimansuhkan
  9. Subsidi RON 95 dimansuhkan
  10. Tayar naik harga
  11. Tambang bas sekolah naik
  12. Harga kelengkapan sekolah naik
  13. Kenaikan tambang ERL,teksi dan lain-lain
  14. Pemansuhan subsidi gula
  15. Pemansuhan subsidi minyak masak
  16. Penamatan khidmat doktor udara
  17. Beras putih import naik harga
  18. Cukai pelancongan
  19. Kenaikan harga servis poslaju
  20. Santan naik harga
  21. Kenaikan harga barang keperluan harian
  22. GST

…banyak lagi nak disenaraikan.Yang turun cuma hujan je di Malaysia ni