ADAKAH SKMM SUDAH JADI SEBAHAGIAN DARI CYTRO UMNO?

20170710_131130
Sinar Harian 10 Julai 2017

Minggu lepas SB ada membaca satu berita di akhbar Sinar Harian bertarikh 10/7/2017 di mana BN akan mengambil tindakan kepada akaun-akaun media sosial yang palsu.Tapi disebalik berita tersebut tersirat seribu perkara tersirat dengan perlaksanaan tersebut.Kenapa SKMM hanya perlu membendung akaun media sosial yang tidak menyokong BN?.SKMM ni bekerja untuk siapa sebenarnya?Di sini SB huraikan sedikit mengenai objektif SKMM (ambil dari wikipedia).SKMM adalah badan untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia.
Seperti yang kita maklum daripada kajian yang dibuat,hanya 6.6% cybertrooper menyokong kerajaan yang diterajui BN sekarang manakala 93.4% yang selebihnya menentang.Adakah ini langkah terakhir dari UMNO BN setelah tidak dapat membendung kemaraan cytro dari PH?Sebelum ini pun portal Sarawak Report dan Malaysia Chronicles turut menerima nasib yang sama iaitu dihalang penyiarannya di Malaysia.Di manakah kebebasan media yang Najib laung-laungkan selama ini?

6 copy
Infografik mengampu rekaan macai UMNO

Bercakap mengenai akaun palsu kita rata-ratanya sudah tentu maklum siapa yang paling banyak mempunyai follower palsu di twitter malah diakui oleh media antarabangsa.Ratusan tentera-tentera robot yang menjadi tukang spam hashtag #ILovePM #RespectMyPM pun kita juga tahu majoriti dari siapa.Akaun-akaun palsu ini yang beroperasi dengan mencuri dan menggunakan gambar-gambar milik orang lain termasuklah yang telah meninggal dunia. inilah yang kononnya menunjukkan PM mempunyai sokongan yang kuat tapi hakikatnya kosong.Jika mereka mengatakan cytro PH menyebarkan berita palsu,adakah cytro UMNO BN membawakan 100% berita yang benar?Apakah cytro dari BN tidak pernah membuat serangan bermotifkan politik kepada pemimpin PH?

Jika SKMM ingin bertindak sebagai pemantau siber,SKMM harus bertindak dengan adil pada kedua-dua belah pihak dan bukannya menuruti arahan dari pihak-pihak tertentu.