UPDATE:PEMBATALAN PERLAKSANAAN SKOP BARANGAN YANG DIKENAKAN GST PADA 1/7/2017

Aii sudah tarik balik ka?Jika batal sekalipun kami tak akan sokong BN.percayalah.

FB_IMG_1497852981332

Advertisements

HADIAH HARI RAYA:PERLUASAN SKOP GST,TQ BN!!!!

Di kala menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan setelah GST berusia 2 tahun berita terbaru yang SB terima menyatakan bahawa GST akan diperluaskan skopnya kepada barang-barang keperluan harian yang sebelum ini tidak dikenakan GST berkuatkuasa mulai 1/7/2017.Antara barang-barang baru yang dikenakan GST adalah melibatkan 60 jenis barangan seperti

aQfWja5
Imej dari China Press
  • Makanan Laut iaitu belut(Anguilla spp.) Termasuk ikan, filet, stik dan ikan, masin, kering dan diperapikan todak (Xiphias Gladius) terdiri daripada ikan, filet, stik dan ikan, masin, kering dan diperap
  • Sayur-Sayuran iaitu kentang,bayam,kacang panjang,jagung,cendawan,timun,buah zaitun,lada,sayur campur (masin direndam): jagung manis, lada (capsicum), lompat (Capers) dan buah-buahan segar.
  • Produk kopi dan teh iaitu teh,kopi (kopi tulen,gula,krimer,susu manis atau dicampur pakej dibungkus secara individu.
  • Rempah iaitu kunyit,thyme dan daun bay,minyak kelapa dan minyak kacang
  • Mi beras (tidak termasuk perasa, perisa atau berasingan dibungkus atau berasingan)Kueh Teow/Laksa (tidak termasuk perasa, perisa atau berasingan dibungkus atau berasingan)

Seperti yang kita maklum,bihun,kueh teow,laksa kopi dan teh adalah makanan bagi golongan berpendapatan rendah.Sama juga dengan sardin yang turut menjadi mangsa dikenakan GST sebelum ini.Flip flop kerajaan yang mengatakan bahawa kadar GST tidak akan dinaikkan tetapi melaksanakan perkara lain yang membebankan rakyat dengan meluaskan skop barangan yang dikenakan GST.Kononnya kerajaan prihatin dengan tidak mengenakan subsidi ke atas barangan seperti gula,beras dan minyak masak namun penghapusan subsidi telah mendorong kepada kenaikan barang makanan tersebut serta kenyataan Najib satu ketika dulu,GST tidak akan membebankan rakyat,tapi adakah dengan kenaikan harga barangan akan menyebabkan rakyat tidak terbeban?.Di mana perginya janji harga barang akan turun kerana GST?Beginilah jadinya akibat cakap tak serupa bikin.

SKANDAL BMF VS 1MDB

FB_IMG_1496808986515

BMF

  1. Bermula pada tahun 1979-1983
  2. Sebanyak RM 2.3 billion telah diseleweng
  3. Timbalan ketua Jabatan Audit Bank Bumiputera,Jalil Ibrahim yang dihantar ke Hong Kong bagi membuat siasatan telah mati dibunuh di Kampung Taipo Kau,Hong Kong
  4. Menteri Kewangan ketika itu (1976-1984) adalah Tengku Razeligh Hamzah.Menteri Kewangan (1984-1991) Tun Daim Zainuddin
  5. Perdana Menteri (1981-2003) tun Dr. Mahathir Mohammad
  6. Pengerusi BMF Lorraine Esme Osman ditangkap di London pada tahun 1985 dan didakwa dengan 39 pertuduhan serta didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman 7 tahun penjara.Beliau dibebaskan daripada Penjara Stanley,Hong Kong pada 16 Ogos 1993.
  7. Pengarah Eksekutif BMF,Datuk Hisham Shamsuddin dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun.
  8. Pengarah BMF,Dr. Rais Saniman dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara.
  9. Pengerusi Syarikat Carrian yang membuat pinjaman wang dari BMF,George Tan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.

1MDB

  1. Berlaku dari tahun 2009-2016
  2. Lebih daripada RM 42 billion telah lesap.
  3. Perdana Menteri ketika itu Najib Tun razak
  4. Menteri Kewangan ketika itu Najib Tun Razak
  5. Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB najib Tun Razak
  6. Tiada sebarang pendakwaan terhadap semua yang terlibat samada dari pihak pengurusan,Lembaga Pengarah dan Pengerusi Lembaga Penasihat.
  7. Peguam Negara Malaysia mengumumkan kes tersebut ditutup.
  8. Peguam Negara Amerika mengatakan telah berlakunya skandal penggubahan wang haram terbesar di Amerika yang melibatkan nilai USD 3.5 billion.Wang rakyat Malaysia yang dimiliki oleh 1MDB telah dicuri dan dicuci melalui pembelian aset di Malaysia.Kes telah dibawa ke mahkamah Amerika dan dibicarakan pada bulan September 2016 dan kes masih berjalan sehingga kini.
  9. Siasatan kes tersebut telah dihentikan dalam negara.
  10. Dua orang warga Malaysia iaitu Mathias Chang dan Husam Musa telah menyaman individu berkaitan di mahkamah Amerika.

RUMUSAN

Tindakan yang diambil ketika zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir adalah berpandukan kepada amalan urus tadbir yang betul dan berintegriti iaitu mendakwa semua pegawai yang terlibat dan tidak mengganggu hakim yang menjalankan tugas mereka..

Zaman pemerintahan Najib semua siasatan diganggu,dihalang dan dihentikan.Peguam Negara diberhentikan,Pegawai SPRM ditahan dan ditukar,pegawai di Jabatan Peguam Negara direman,Pegawai Polis Cawangan Khas ditukar dan ahli Jawatankuasa PAC dinaikkan pangkat dan ditukar.Maka dengan ini tiada sebarang pendakwaan dapat dilakukan.

Persoalannya,siapa yang menjalankan tugas dengan Bersih,Cekap dan Amanah?najib atau Tun Dr Mahathir?.

Kredit: Ratu Naga

 

 

SAMBUTAN JUBLI EMAS ISRAEL DI MELAKA

FB_IMG_1496624273793

Sambutan All Malaysian Golden Gate Revival Convocation akan diadakan pada 15-18 Jun nanti di Melaka bertempat di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) dengan mendapat kerjasama Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN).Sambutan tersebut yang berselindung disebalik ulangtahun penubuhan ASEAN dan upacara  keagamaan kristian meraikan sambutan besar-besaran  hari kebangsaan Israel dan 2017 adalah tahun jubli emas buat Israel bagi meraikan 50 tahun kejayaan perang enam hari yang berlaku pada 5 Jun hingga 10 Jun 1967, ke atas Mesir, Jordan dan Syria di mana Israel telah berjaya menawan Jerusalem.Sambutan tersebut dijangka dihadiri ribuan penganut kristian serta penyokong Israel dari Asia Tenggara,Asia Pasifik dan negara dalam segmen Golden Gate.

Persoalannya,Bagaimana sambutan ini boleh dibenarkan oleh kerajaan negeri Melaka?

 

 

BUKAN SEKALI TAPI DAH BANYAK KALI AKHBAR THE STAR MENYENTUH SENSITIVITI MASYARAKAT ISLAM!

Jika hendak dikatakan,The Starlah antara salah satu akhbar di Malaysia yang kerap menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia dan tidak diambil tindakan.Cukup sekadar memohon maaf dan perkara yang sama juga turut berulang kembali.Ia bermula pada 10/8/2011 iaitu ketika dalam bulan Ramadhan, di mana The Star telah mengeluarkan artikel berkaitan hidangan babi dengan menyiarkan iklan mengenai “best rib in town” di mukasurat 2 dan dua artikel, “Whipping up an appetite, Mongolian pork ribs” di mukasurat 4 and “Authentic prime pork ribs” di mukasurat 7 di ruangan “Ramadan Delights Supplement”.Setelah isu tersebut viral dan The Star dihentam teruk oleh masyarakat Islam mereka meminta maaf atas isu tersebut.Begitu juga dengan isu lain iaitu promosi  konsert artis dari barat iaitu Erykah Badu di  akhbar The Star bertarikh 27 Febuari 2012 dengan memaparkan gambar penyanyi tersebut dengan bertatukan kalimah Allah di bahagian atas  dadanya.Kedua-dua kesalahan yang dilakukan oleh The Star tersebut,tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan.

 

Sekali lagi The Star mengulangi kesalahan yang sama apabila mengeluarkan berita mengenai pengganas dalam muka hadapan akhbar bertajuk “Malaysian Terrorist Leader” bertarikh 27 Mei 2017 bersama gambar umat Islam yang sedang bersolat Tarawih pada 1 Ramadhan lepas mencetuskan lagi kemarahan umat Islam di Malaysia.Penerbitan artikel di muka hadapan tersebut seolah-olah mengaitkan masyarakat Islam dengan pengganas.Jalan penyelesaian yang mereka lakukan juga tetap sama…dengan meminta maaf.SB nak tahu juga kenapa seolah-olah akhbar The Star ini seolah-olah tidak pernah belajar dari kesilapan atau dengan kata lainnya serik?.Sepatutnya The Star tidak terlepas daripada dikenakan tindakan di bawah akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.Adakah segala tindak tanduk The Star selama ini dilindungi oleh tangan-tangan ghaib?.Ataupun adakah kerana The Star ini milik salah satu parti komponen dalam BN menyebabkan tindakan tidak boleh diambil?.

FB_IMG_1496456680364
Dah kantoi,minta maaf…simple

Apakah KDN hanya berfungsi untuk memberi amaran sahaja seperti menterinya yang terdahulu?

 

 

KENAPA HARGA JUADAH DI BAZAR RAMADHAN NAIK?

Screenshot_20170601-143615

Bila macai K9 membaca berita seperti di atas mereka pasti akan komen bahan-bahan yang digunakan untuk membuat murtabak tidak dikenakan GST jadi penjual tidak perlu menaikkan harga jualan.Sebab apa harga makanan di bazar Ramadhan kali ini naik?Ulasan SB adalah seperti dibawah.

Memang bahan untuk membuat murtabak boleh kata hampir semuanya tidak dikenakan GST tetapi macai K9 jangan happy dulu.Minyak masak juga telah dimansuhkan  subsidi dan hanya minyak paket sahaja yang bersubsidi.Minyak paket (bersubsidi) kini menjadi pilihan rakyat.Sekiranya tiada stok minyak paket maka peniaga terpaksa membeli minyak masak dalam botol yang dijual dengan harga yang tinggi (tanpa subsidi) begitu juga dengan tepung gandum yang menjadi bahan asas pembuatan murtabak juga telah dimansuhkan subsidi bagi pek 25 kg  dan dijual pada harga RM42 berbanding RM33.75 sebelum ini.

 

Harga ayam dan daging lembu juga naik menjelang Ramadhan.Harga daging lembu tempatan naik kepada RM32 kg berbanding RM29 hingga RM30 sebelum ini di Alor Star.Kenaikan harga petrol dan diesel (turun sikit tapi naik banyak) adalah  menjadi punca kenaikan.Selain itu,penternak ayam yang terpaksa menaikkan harga menanggung kos tambahan iaitu GST ke atas makanan ayam,ubatan ayam dan lain-lain.Bawang merah dan bawang putih import dari China telah mengalami kenaikan harga secara mendadak dengan mengecapi paras RM21 hingga RM22 sekilogram pada pertengahan April 2017 lalu berbanding hanya RM7 pada dua tahun lalu.Ini baru melibatkan bahan-bahan asas untuk membuat murtabak sahaja,belum kira barang-barang tambahan yang lain.

Peniaga-peniaga bazar lain turut terpaksa menaikkan harga jualan mereka akibat terkesan dengan kenaikan bahan mentah seperti gula yang telah dihapuskan subsidinya di mana kini berharga RM 2.95 per kilogram dan mungkin juga bakal dinaikkan harga lagi.Beras putih yang  biasanya digunakan oleh rakyat Malaysia ini kebanyakkannya adalah diimport telah dinaikkan harga pada Mac 2017 yang lalu. Ikan juga turut mengalami kenaikan harga.Harga bagi ikan tongkol kini RM10 bagi setiap sekilogram berbanding RM8 kg, ikan selayang RM10 berbanding RM7, ikan cencaru RM9 (RM8), ikan tamban RM5 (RM4), ikan jenahak dan ikan nyok-nyok RM28 kg berbanding RM24 kg.

Screenshot_20170531-053915

Kesimpulannya,peniaga terpaksa menaikkan harga jualan mereka akibat daripada tekanan kenaikan harga barang yang dibuat oleh kerajaan itu sendiri.Lainlah dengan Najib,dia boleh beli kuih 14 keping dengan harga RM 2 di bawah harga pasaran tu.Sekarang ni kuih keria (saiz paling kecil) pun 5 biji pun RM 2…hehehe