JANAKUASA NUKLEAR DI MALAYSIA:PERLU ATAU TIDAK?

Sebelum ini terdapat cadangan dari Kerajaan Malaysia untuk beralih kepada tenaga nuklear bagi menjana bekalan elektrik di Malaysia.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri baru-baru ini berkata laporan Kajian Infrastruktur Nuklear Bersepadu (INIR) Misi Fasa 1 oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), mendapati Malaysia sudah bersedia sepenuhnya membangunkan tenaga nuklear.
Nancy berkata Malaysia bakal membuat keputusan sama ada menggunakan tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan tenaga yang kian bertambah dan baru-baru ini ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) Mohd Zamzam Jaafar, berkata sewaktu konferens TN50 di Sarawak bahawa Malaysia perlu memiliki tenaga nuklear menjelang tahun 2030.Nuclear-Power-Plant

Adakah Malaysia perlu menggunakan nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik?Terdapat pro dan kontra di sini dalam isu berkaitan dan yang lebih membimbangkan impak negatif yang lebih banyak akan terjadi akibat dari aplikasi tenaga nuklear bagi menjana elektrik ini.Berikut adalah beberapa alasan kenapa kita tidak seharusnya memilih tenaga nuklear yang merupakan sumber tenaga mahal, mencemarkan dan berbahaya.

Kesan yang paling buruk adalah berkaitan dengan ancaman keselamatan pada rakyat dan alam sekitar.SB ambil contoh dari tragedi Chernobyl yang berlaku pada 26 April 1986 di Ukraine disebabkan kesilapan pengendali, prosedur keselamatan yang tidak mencukupi dan rekabentuk reaktor yang buruk telah membawa kepada letupan wap dan hidrogen telah mengeluarkan bahan radioaktif dalam jumlah yang besar di seluruh Ukraine, Belarus dan sebahagian Eropah. Berjuta orang di bahagian hemisfera utara menderita dan terus menderita akibat bencana Chernobyl akibat terdedah kepada radiasi.Kesan daripada radiasi ini kepada manusia menyebabkan penyakit seperti leukimia,kanser,kecacatan kelahiran dan lain-lain.Adakah Malaysia mempunyai kemampuan untuk menangani bencana seperti kebocoran atau peleburan reaktor? Adakah orang ramai sanggup menerima risiko ini apabila tenaga alternatif yang lebih selamat dan murah boleh diperolehi?.Kos bagi perlaksanaan janakuasa nuklear dan kos untuk menangani bencana nuklear juga amat tinggi.
Operasi reaktor nuklear mendatangkan impak negatif pada alam sekitar melalui pembebasan udara dan air yang tercemar dengan radioaktif. Pelbagai isotop radioaktif dilepaskan dengan pelbagai kimia dan radioaktif yang sesetengahnya amat toksik dan ada yang tidak malah sesetengah daripadanya amat radioaktif berbanding yang lain, sesetengahnya bertahan hanya beberapa minit manakala ada yang boleh bertahan sehingga berbilion tahun.
Sisa nuklear paras tinggi (juga dipanggil sinaran atau bahan bakar “spent”) yang lebih radioaktif apabila batang bahan bakar dimasukkan ke dalam reaktor. Sisa ini boleh membunuh sehingga mereka yang berdiri berdekatan dengannya tanpa sebarang pakaian perlindungan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa minit. Sisa ini amat berbahaya sehingga bertahun-tahun lamanya dan tiada teknologi yang wujud untuk mengasingkannya bagi tempoh yang lama.Sisa radioaktif paras rendah merupakan sisa radioaktif daripada reaktor. Sejumlah besar sisa ini perlu ditanam dan dalam tempoh beberapa tahun dan berkemungkinan bocor lalu mencemarkan air bawah tanah.
Penggunaan tenaga nuklear bagi menjana tenaga elektrik umpama bom jangka yang akan meledak pada bila-bila masa.Kerajaan seharusnya lebih peka tentang impak perlaksanaan program tersebut kepada rakyat.Ini bukan soal politik,ini adalah berkaitan kesan jangka panjang yang bakal dihadapi rakyat Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s