JANAKUASA NUKLEAR DI MALAYSIA:PERLU ATAU TIDAK?

Sebelum ini terdapat cadangan dari Kerajaan Malaysia untuk beralih kepada tenaga nuklear bagi menjana bekalan elektrik di Malaysia.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri baru-baru ini berkata laporan Kajian Infrastruktur Nuklear Bersepadu (INIR) Misi Fasa 1 oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), mendapati Malaysia sudah bersedia sepenuhnya membangunkan tenaga nuklear.
Nancy berkata Malaysia bakal membuat keputusan sama ada menggunakan tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan tenaga yang kian bertambah dan baru-baru ini ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) Mohd Zamzam Jaafar, berkata sewaktu konferens TN50 di Sarawak bahawa Malaysia perlu memiliki tenaga nuklear menjelang tahun 2030.Nuclear-Power-Plant

Adakah Malaysia perlu menggunakan nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik?Terdapat pro dan kontra di sini dalam isu berkaitan dan yang lebih membimbangkan impak negatif yang lebih banyak akan terjadi akibat dari aplikasi tenaga nuklear bagi menjana elektrik ini.Berikut adalah beberapa alasan kenapa kita tidak seharusnya memilih tenaga nuklear yang merupakan sumber tenaga mahal, mencemarkan dan berbahaya.

Kesan yang paling buruk adalah berkaitan dengan ancaman keselamatan pada rakyat dan alam sekitar.SB ambil contoh dari tragedi Chernobyl yang berlaku pada 26 April 1986 di Ukraine disebabkan kesilapan pengendali, prosedur keselamatan yang tidak mencukupi dan rekabentuk reaktor yang buruk telah membawa kepada letupan wap dan hidrogen telah mengeluarkan bahan radioaktif dalam jumlah yang besar di seluruh Ukraine, Belarus dan sebahagian Eropah. Berjuta orang di bahagian hemisfera utara menderita dan terus menderita akibat bencana Chernobyl akibat terdedah kepada radiasi.Kesan daripada radiasi ini kepada manusia menyebabkan penyakit seperti leukimia,kanser,kecacatan kelahiran dan lain-lain.Adakah Malaysia mempunyai kemampuan untuk menangani bencana seperti kebocoran atau peleburan reaktor? Adakah orang ramai sanggup menerima risiko ini apabila tenaga alternatif yang lebih selamat dan murah boleh diperolehi?.Kos bagi perlaksanaan janakuasa nuklear dan kos untuk menangani bencana nuklear juga amat tinggi.
Operasi reaktor nuklear mendatangkan impak negatif pada alam sekitar melalui pembebasan udara dan air yang tercemar dengan radioaktif. Pelbagai isotop radioaktif dilepaskan dengan pelbagai kimia dan radioaktif yang sesetengahnya amat toksik dan ada yang tidak malah sesetengah daripadanya amat radioaktif berbanding yang lain, sesetengahnya bertahan hanya beberapa minit manakala ada yang boleh bertahan sehingga berbilion tahun.
Sisa nuklear paras tinggi (juga dipanggil sinaran atau bahan bakar “spent”) yang lebih radioaktif apabila batang bahan bakar dimasukkan ke dalam reaktor. Sisa ini boleh membunuh sehingga mereka yang berdiri berdekatan dengannya tanpa sebarang pakaian perlindungan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa minit. Sisa ini amat berbahaya sehingga bertahun-tahun lamanya dan tiada teknologi yang wujud untuk mengasingkannya bagi tempoh yang lama.Sisa radioaktif paras rendah merupakan sisa radioaktif daripada reaktor. Sejumlah besar sisa ini perlu ditanam dan dalam tempoh beberapa tahun dan berkemungkinan bocor lalu mencemarkan air bawah tanah.
Penggunaan tenaga nuklear bagi menjana tenaga elektrik umpama bom jangka yang akan meledak pada bila-bila masa.Kerajaan seharusnya lebih peka tentang impak perlaksanaan program tersebut kepada rakyat.Ini bukan soal politik,ini adalah berkaitan kesan jangka panjang yang bakal dihadapi rakyat Malaysia.

POPULAR KERANA KURANG POPULAR

Semalam dalam portal rasmi majalah TIME telah menyiarkan satu artikel berkaitan 5 Perdana Menteri yang kurang popular berbanding Presiden Amerika.Antara nama-nama yang tersenarai adalah Nicolas Maduro (Presiden Venezuela),Jacob Zuma (Presiden Afrika Selatan),Michel Temer (Presiden Brazil) dan Alexis Tsipras (Perdana Menteri Greece) dan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak turut tersenarai dalam kumpulan tersebut.Ini adalah isu yang tidak menjadi kebangggaan buat mana-mana pemimpin negara.Kebanyakan pemimpin yang disenaraikan dalam kategori tersebut turut bermasalah dalam pentadbiran masing-masing seperti gagal menguruskan ekonomi negara dan menyalahguna kuasa.

Persamaan nyata antara Trump dan Najib iaitu isu undi popular di Mana BN memenangi kerusi undi popular hanya 47% daripada undi keseluruhan manakala Trump memenangi pilihanraya presiden AS berdasarkan badan pemilih yang berpihak kepadanya berbanding calon presiden Demokrat,Hillary Clinton yang meraih 2.9 juta undi lebih banyak dari Trump pada peringkat akhir.Menurut majalah TIME kedudukan Trump kini di bawah 40% ,manakala Najib pula berada di tahap terendah.Empat pemimpinyang tersenarai dalam senarai itu memimpin negara yang kini berada dalam kegawatan ekonomi seperti Venezuela yang mengalami kenaikan inflasi mendadak yang mencetuskan rusuhan meragut nyawa di negara itu.

viral

 

SB berpendapat memang Jibby ni tak popular.Cuma beliau popular dari sudut negatif apabila ditroll dalam bentuk imej badut oleh aktivis Fahmi Reza sahaja.Apa yang beliau buat dengan dasar 1 Malaysia yang dilaung-laungkan selama ini seolah-olah cakap tak serupa bikin.Dasar beliau yang kononnya mendahulukan rakyat sekadar retorik semata-mata.Penghapusan atau pemotongan subsidi atas tiket rasionalisasi subsidi,GST,Kenaikan harga barang api dan lain-lain perkara yang menyusahkan rakyat.Adakah itu akan membuatkan rakyat suka pada beliau?Apa yang Najib buat untuk memastikan dirinya popular pasti akan menuju ke jalan buntu.Agaknya berapa banyak wangkah yang telah dihabiskan untuk membiayai perunding imej Lim Kok Wing sebelum ini?,membiayai plakard dan T shirt I love PM? dan membiayai akaun-akaun palsu yang kaki spam #love PM di laman sosial?Mana mahu letak muka? Jika seorang pemimpin itu popular,beliau akan dihormati oleh rakyatnya dan program-program pasti akan dihadiri oleh rakyat tanpa perlu ditawarkan habuan seperti cabutan bertuah,pengangkutan percuma,wang,T shirt dan lain-lain.Jika dah rasa diri tu tak popular SB rasa penyelesaian yang paling baik sila berundurlah.Pintu masih terbuka di luar sana.

 

BERPANTUN KENA TAMPAR,YANG MENCARUT DIJULANG-JULANG?

Malam tadi perjumpaan tertutup penggiat seni TN 50 oleh Najib telah dicemari dengan satu insiden di mana David Teo yang merupakan produser filem MIG telah ditampar oleh Sulaiman Yasin atau dengan nama glemernya Mat Over (pelakon sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu) satu ketika dulu).Dalam video yang SB lihat,David yang menegur cara Rosyam Nor yang menjadi moderator bagi program tersebut yang memberi fokus pada penonton yang duduk di bahagian hadapan dan menyifatkan tindakan moderator tidak adil kerana tidak memberi laluan kepada penonton di barisan belakang untuk bertanya atau menyuarakan pendapat.

FB_IMG_1495036088154

 

Ketika beliau sedang berpantun tiba-tiba didatangi oleh Mat Over dari belakang pentas lalu menyerang dan menampar beliau.SB pelik apa yang membuatkan Mat Over tiba-tiba naik minyak?.Nak kata David Teo membangkitkan isu 1MBD tiada pula.Apakah dengan memberi pandangan dan berpantun itu satu kesalahan?SB bukannya nak sokong mana-mana pihak tapi dengan tindakan Mat Over ni akan menyebabkan bangsa Melayu dipandang negatif oleh bangsa lain sebagai biadap dan kurang ajar.Di manakah perginya prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang dipraktikkan.Kenapa moderator tidak menggunakan cara lain bagi menghentikan perbuatan David Teo? Jika David Teo tersasul,tersilap, ambil sahaja microphone dan tarik David Teo keluar.Ini minta ambil bahagian berdialog.Ramai juga macai-macai upahan Najib mengutuk tindakan David Teo sebagai keterlaluan dan menyokong tindakan Mat Over umpama pahlawan.
Sebut bab biadab ni SB teringat semula beberapa perkara yang telah lalu,Siapa yang dengan biadabnya menggelar peneroka Felda yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda ke FGVH sebagai haramjad*h?Kemudian beliau menggelar blogger-blogger UMNO yang menegur beliau sebagai bang*ng.Tak cukup dengan itu,beliau menggelar melayu sebagai bangs*t.Lihat sahaja Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah, baik ketika berbual secara peribadi, mahu pun dalam pengucapan awam, tidak pernah sama sekali mengeluarkan perkataan-perkataan kasar yang boleh merendahkan keperibadiannya.

Ataupun ini cuma cara nak alih isu tentang kenaikan harga minyak semalam?

PENCEMARAN NAJIS BABI DI SUNGAI TUANG,SAMPAI BILA LAGI NAK SELESAI?

 

Screenshot_20170514-234336

Baru-baru ini telah dibangkitkan dalam portal akhbar berkaitan hal pencemaran sungai dengan air kumbahan babi di muara Sungai Tuang,Melaka.Pada SB,perkara ini telah lama terjadi sejak puluhan tahun sebelum ini namun seolah-olah tiada kata putus dari pihak yang berkaitan.Air kumbahan najis babi berkeladak dialirkan ke sungai oleh penternak-penternak babi di Paya Mengkuang dan pencemaran ini boleh dikatakan agak serius.Melalui screenshot yang diambil daripada portal Berita Harian,air berwarna hitam mengalir ke dalam laut dari muara Sungai Tuang dan yang lebih mengejutkan,semua penternak babi di kawasan tersebut didapati tiada lesen untuk menternak babi sepertimana yang dilaporkan oleh agensi berita Bernama.Selain mencemarkan sungai dan pantai,penternakan babi di kawasan tersebut juga turut menyebabkan pencemaran bau,bau busuk daripada penternakan babi tersebar ke kawasan-kawasan sekitar iaitu Sungai Tuang,Telok Gong,Kuala Sungai baru dan Kampung Lubok Redan.Penduduk-penduduk sekitar kawasan tersebut terpaksa menghidu bau busuk yang meloyakan saban hari terutamanya pada selepas hujan dan menjelang malam.Pencemaran ini juga mengakibatkan kesan buruk terutamanya kepada sektor pelancongan di mana ia menyebabkan pengusaha chalet dan homestay serta perniagaan makanan mengalami kerugian memandangkan Sungai Tuang dan Pengkalan Balak adalah antara destinasi peranginan yang strategik di Melaka.

najis-babi-pantai-783504
SB nak tanya di mana perginya pemuda-pemuda UMNO yang sebelum ini dengan heronya membantah penternakan babi di Selangor?Kenapa berdiam diri apabila isu ini terjadi di negeri bawah pentadbiran BN?.Jangan hanya menyalahkan kedegilan penternak,salahkan juga pihak sendiri kerana tidak tegas dalam hal ini.Pada pandangan SB lebih baik hentikan sahaja operasi kandang babi di sini.Tak perlu lagi pusat penternakan babi moden dan pusat penyembelihan babi dipindahkan ke sini.SB tak mahu tsunami penyakit babi seperti H1N1 ini berulang kembali.Nampaknya KM Melaka sengaja menjatuhkan imejnya sendiri dengan memasang Billboard di muara Sungai Tuang.

SELEPAS A9,GENG K9 BERBALAH PASAL CABUTAN BERTUAH PULAK!!!

 

Inilah antara rupa-rupa pejuang dedak UMNO sekarang.Beginilah jadinya jika wang atau habuan menjadi sandaran selari dengan motto Cash Is King yang dibawa oleh Jibby.Sebelum ni bertekak di laman siber kerana berebutkan handphone Samsung A9 ,la ni mereka berbalah pasal cabutan bertuah plak dah.Nasib kaulah labu oii,sepanjang masa kena tipu.Ini adalah antara screenshot yang SB berjaya dapatkan dari facebook.Tak pasal-pasal je modal cabutan bertuah yang Rauf plan jadi modal maki macai-macai 6.6%.Jantan dan betina K9 ni punya bahasa makk aii.Harapkan bertudung mulut macam sun***.Apa komen Rauf and his gang?

ADA SISWA MENGAKU DIKERAH KE ACARA UMNO CARA KOTOR

Semalam merupakan ulang tahun Umno yang ke-71. Dalam ribuan hadirin yang menghadiri upacara penuh bersejarah itu, siapa sangka ada hati yang terluka.

Itulah yang dihadapi oleh sesetengah mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pada awalnya didakwa dimaklumkan mereka diwajibkan hadir ke “Program Sukarelawan Patriotisme Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seawal jam 10 pagi sebanyak 110 buah bas dengan ke muatan 44 orang mahasiswa mereka bergerak ke Bukit Jalil secara berperingkat, namun setibanya di situ, tiada program seperti yang dimaklumkan sebaliknya ia adalah sambutan ulang tahun Umno yang ke-71.

Menurut mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Syafiq, UiTM mewajibkan mahasiswa yang mengikuti kelas kokurikulum untuk menghadiri program itu dan sekiranya ingkar, mereka akan diambil tindakan.

“Pihak UiTM kata ini program sukarelawan tapi kami kena tipu. kami datang dari pagi lagi duduk bawah pokok, dah dua kali periksa darah dan sekarang duduk balik bawah pokok.

“Sekarang ni dah letih sangat, tak tahu nak buat apa-apa dah sekarang ni,” katanya kepada Malaysiakini.

siswa1

Seorang anggota lembaga pengarah UiTM Datuk Irmohizam Ibrahim menyifatkan dakwaan itu sebagai “fitnah” yang boleh mencemarkan nama institusi itu.

Sementara Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa juga dilapor menafikan dakwaan itu, dengan berkata sambutan malam tadi “terbuka” kepada sesiapa yang berminat.

Ia bagaimanapun selari dengan dakwaan Pemuda PKR dan Pemuda DAP yang mendedahkan dakwaan rakaman skrin WhatsApp dan surat menyurat berkaitan.

Kesemua mahasiswa yang ditemui Malaysiakini semalam enggan nama penuh mereka disiarkan.

‘Kami ada parti sendiri’

Mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Razak pula mempersoalkan mengapa kerajaan sebelum ini melaungkan mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik namun bertindak sebaliknya.

“Sudahlah macam program yang dia kata pada awalnya itu tak ada. Saya rasa program hari ni kurang sesuai, sebab kerajaan kata pelajar tak boleh terlibat dengan politik tapi ini dah lain dah ni,” katanya.

Bagi Ismail, UiTM tidak boleh memaksa pelajar yang sudah berusia 21 tahun ke atas ke program Umno memandangkan mereka sudah boleh mengundi.

“Kami dah berusia 21 tahun, tak bolehlah paksa macam ini. Kami pun ada parti yang kami pilih dan lebih-lebih lagi undi ini rahsia,” kesalnya.

siswa

Namun lain pula yang dihadapi oleh pelajar sebuah kolej apabila mereka pada awalnya hanya diberitahu untuk hadir ke program “Kadet Pispa” dalam program sukarelawan bersama menteri.

Menurut pelajar yang mahu dikenali sebagai Faiz, beliau dan rakan-rakannya tidak menyangka akan dikerah ke program ulang tahun Umno.

Katanya, ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil hari ini, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai urus setia majlis ulang tahun Umno ke-71 tiba-tiba memberi baju parti yang berwarna merah untuk dipakai.

Malah lelaki tersebut turut mengingatkan semua pelajar supaya tidak mengambil gambar dengan memakai baju Umno serta memuat naiknya di laman sosial.

“Pada awalnya dia kata datang program lain, tapi rupanya program Umno. Kami dari pagi lagi ini, penat sangat dah dan tak tahu dah nak pergi mana, kalau tahu program macam ini kami tak datang,” katanya yang mendakwa dibekalkan wang sebanyak RM10 setiap seorang.

Pelajar tahfiz baca Yasin

Selain mahasiswa turut kelihatan juga pelajar tahfiz yang berusia dalam lingkungan 13 tahun yang turut diawasi oleh gurunya.

Menurut Ketua warden Sekolah Tahfiz Imtiyaz Ulul Albab Alor Gajah Melaka, Anuar Ismail kedatangan seramai 230 pelajarnya yang berusia 13,14 dan 16 tahun itu sekadar menghadiri undangan dari Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, mereka dipanggil untuk membacakan Yasin sempena Nisfu Syaban dan menafikan terlibat dengan politik.

“Kita tak terlibat dengan politik, kita datang untuk baca yasin sebab Nisfu Syaban. Bagi saya kita tak boleh campur aduk politik, ini jemputan Datuk Seri Ahmad Zahid nak sambut Nisfu Syaban,” katanya yang menambah tidak memaklumkan kepada ibu bapa pelajar itu.

Mengikut tinjauan Malaysiakini, pelajar-pelajar ini hanya duduk berkeliaran sejak tengah hari tadi sebelum menunggu kedatangan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Pengunjung ke acara itu berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah termasuk kereta yang semuanya berjumlah hampir RM1 juta.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Umno berkaitan perkara ini.

Malaysiakini

 

SB:Menggunakan pelajar IPT demi kepentingan politik ni sebenarnya sudah lama diorang praktikkan.Sebelum ini pun SB ada menulis tentang pelajar KKTM Masjid Tanah yang disuruh menghadiri Persidangan Mesyuarat Agung UMNO Masjid Tanah.Mungkin pelajar tersebut digunakan sebagai pencukup korum setelah UMNO semakin hari semakin hilang sokongan daripada bangsa Melayu.Boleh baca di SINI Jika perkara yang seumpama dengannya dilakukan oleh Pakatan Harapan,maka berkokoklah TV3,Utusan,portal-portal,tentera siber macai 6.6% dan yang sewaktu dengannya mengecam perkara tersebut.Kenapa pula senyap bila kena batang hidung sendiri?.

BENARKAH PORNOGRAFI POPULAR DI PANTAI TIMUR?

81494407264_freesize
Kata kunci “Maria Ozawa” mencatat rating tertinggi di Google

Beberapa hari lepas berita kehadiran selebriti filem dewasa,Maria Ozawa ke Kuala Lumpur bersama teman lelakinya menjadi tular di media-media sosial setelah beliau berkongsi gambar melalui Instagramnya.Selain itu hasil carian menggunakan enjin carian google dengan kata kunci “Maria Ozawa”mencatatkan bacaan tertinggi daripada lokasi di Kota Bharu,Kelantan.Ini menunjukkan ramai orang Kelantan dan Terengganu yang begitu teruja dengan kehadiran maria Ozawa ke Malaysia berbanding pengguna internet di negeri yang lain.Selain itu terdapat beberapa gambar di Instagram Maria Ozawa memaparkan beliau bergambar dengan beberapa orang lelaki (mungkin peminat agaknya tu kot). Maria Ozawa, 31, merupakan bekas pelakon filem lucah dari Jepun yang bermula kariernya sejak 2005. Bagaimanapun, kunjungan Maria di Malaysia setakat ini tidak menunjukkan tentangan keras NGO dan parti Islam secara terbuka seperti nasib dialami artis-artis barat sebelum ini.

Sebelum ini Akhbar The Star melaporkan dengan memetik sumber daripada syarikat laman web video dewasa PornHub akses ke atas laman web berkenaan amat popular di sekitar negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.Pengguna di Kuala Terengganu menghabiskan melayari laman web itu,mencatatkan jumlah klik paling tinggi setiap minit.Melalui statistik yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut pengguna meluangkan masa purata 12 minit 58 saat menonton dan mencari bahan pornografi.Pengguna di Kuala Lumpur merupakan pengguna kedua tertinggi iaitu 12 minit 29 saat diikuti Kota Bharu dan Miri masing-masing 12 minit 27 saat. Negara paling lama menonton Pornhub adalah Filipina (14:22 minit) dan diikuti oleh Malaysia. Negara lain yang turut tersenarai ialah Myanmar (10:54minit), Indonesia (10:11minit), Singapura (9:50minit), Brunei (9:45minit), Laos (8:28minit), Vietnam (8:24minit), Thailand (8:15minit) dan Kemboja (8:07minit).Bercakap kepada The Star, Naib Presiden Pornhub Corey Price berkata sesetengah negara mungkin telah mencatatkan tempoh masa yang lebih lama untuk setiap lawatan kerana mereka telah mencari video yang betul.

“Kadang-kadang, proses pemilihan boleh memakan masa, justeru ia tidak menghairankan apabila jumlah pelbagai diperolehi di laman web kami,” katanya.

graph2

Juga dilaporkan di dalam akhbar The Star sebelum ini yang juga memetik sumber dari PornHub,wanita Malaysia berada pada tangga ke 7 dunia paling ramai melayari laman web pornografi menggunakan telefon pintar. Kira-kira 84% wanita Malaysia melayari laman tersebut melalui telefon bimbit berbanding hanya 66% lelaki yang berbuat demikian. Bagi peratusan tertinggi, 91% wanita di Afrika Selatan, diikuti 89% Amerika Syarikat dan 86% Britain.Walaupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghad atau menutup akses laman web pornografi ini,namun ianya masih boleh diakses hanya dengan membuat sedikit perubahan pada tetapan internet.

ADAKAH UMNO KINI BERUSIA 71 TAHUN?

umno11
News Straits Times 22 Feb 1988 – Google News

Hari ini 11 Mei jatuhlah ulangtahun UMNO yang ke 71 opss 29 tahun.Sebab apa SB kata sedemikian kerana UMNO sekarang adalah UMNO yang baru.UMNO asal telah diharamkan pada tahun 1988 berikutan guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO pada Jun 1987 (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.
Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.
Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988 (boleh lihat pada rujukan keratan akhbar di atas).terdapat perbezaan yang ketara antara logo dan bendera UMNO asal dan UMNO baru.KemudiannyaTengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Dengan kata lain UMNO asal telah mati pada 1988 dan telah dilahirkan semula sebagai UMNO baru hingga sekarang.Maksudnya usia UMNO sekarang adalah 29 tahun dan bukannya 71 tahun.Umur seseorang di kira dari tarikh lahir hingga tarikh semasa selagi mana dia hidup. Kalau dia dah meninggal,umurnya tidak di kira lagi.Jadi bagaimana dengan umur UMNO baru, adakah di kira dari tarikh penubuhannya yang baru atau tarikh penubuhan UMNO lama?Logikkah UMNO yang dilahirkan semula pada 1988 kini berusia 71 tahun.Ini adalah satu penyelewengan fakta yang amat jelas sehinggalah hari ini.Fikir-fikirkanlah.