PENIPUAN TERBODOH DALAM SEJARAH,CAI DEDAK NAJIB MAKIN TERDESAK

Belum pun reda lagi insiden Rosmah dimalukan dengan penarikan gelarandari  UNESCO Lead By Examplenya kini Najib dimalukan lagi oleh pencacainya sendiri.Semalam di saluran-saluran berita tv telah diviralkan surat yang dikatakan oleh PMO berkenaan mengenai hal pertemuan Tun Mahathir dan DYMM Agung sebelum ni.Surat pun dikarang tunggang langgang tatabahasanya macam budak sekolah rendah baru belajar buat karangan.Dikhabarkan portal berita ASTRO  sudah memadamkan entri mengenai surat tersebut.Di bawah ini adalah screenshot surat tersebut yang diperolehi daripada portal berita ASTRO dan fb pages PMO.

Dalam kandungan surat yang diviralkan itu juga diragui kesahihannya.Yang SB tahu Tun M telah menubuhkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia atau singkatannya PPBM bukannya merujuk kepada Parti Pribumi Perkasa Malaysia seperti mana disebut dalam surat itu.Lokasi sebenar perjumpaan Tun M dan DYMM Agung adalah di istana Anak Bukit bukannya di Bukit Malut.Sejak bila pula PPBM membuat deklarasi?Deklarasi Rakyat telah wujud sebelum lahirnya PPBM,deklarasi PPBM tidak pernah wujud,yang wujud hanyalah Deklarasi Rakyat dan yang terakhir sekali sejak bila pula PM menjadi wakil media bagi istana?

fb_img_1474472901802

Diharapkan agar PMO tidak terkecuali daripada pendakwaan di bawah akta komunikasi dan multimedia 1998 kerana menerbitkan kenyataan berunsur fitnah dan penipuan serta melibatkan nama DYMM Agung dalam menyiarkan berita palsu.

 

SB:Benarlah kata-kata Tun M,tinggal yang bodoh-bodoh sahaja dalam UMNO

 

 

 

 

 

Advertisements

JEFF OOI BIADAP,APA BEZANYA DENGAN MEREKA-MEREKA DI BAWAH NI?

SB bukan nak sebelah mana-mana pihak tapi inilah hakikatnya yang terjadi.Di bawah ini adalah antara screenshot-screenshot yang dikumpulkan sewaktu arwah Nik Aziz kembali ke Rahmatullah.Mana TV3 dan orang-orang UMNO ketika itu?Adakah mereka membuat laporan polis berhubungkait dengan hal ini?Adakah semua ini keluar dalam TV3?.Tak kira la dari mana-mana parti,bangsa dan agama pun,bab menghina kematian ini adalah sesuatu yang tak boleh diterima lagi biadap.

biadap

Disebabkan segelintir bangsa Melayu yang biadap la yang menyebabkan pihak sebelah sana melakukan perkara yang serupa.Adakah mereka-mereka ini sedar tentang implikasi hasil daripada perbuatan mereka ini?Karpal Singh meninggal,melayu hina TGHD meninggal cina hina.Yang matinya adalah perpaduan kaum di Malaysia.1 Msia Jibby GAGAL!!!

doktorbebal

 

 

13 POLITIK PENING NAJIB

1. Kononnya beliau mengutamakan kebebasan bersuara,tapi beliau menggunakan kuasa beliau untuk menghukum sesiapa yang mengkritik beliau dengan akta sakit hati.
2. Beliau pernah berkata jangan ikut seperti pembangkang tapi beliaulah yang banyak kali ikut cakap pembangkang dengan memansuhkan ISA,menghapuskan DEB dan hampir-hampir memansuhkan akta hasutan satu ketika dulu.
3. Menyerang pihak yang mengkritiknya dengan pelbagai serangan tapi beliau tak berani membenarkan pihak itu bersuara umpama mengikat pihak lawan kemudiannya mengajak bertinju.
4. Ajak berlawan secara sihat tapi dia sendiri menangguhkan pemilihan agung UMNO.Setelah memecat pihak yang berkenaan kemudian baru dengan sombongnya mengajak pihak berkenaan bertanding dalam pemilihan.
6. Menolak campur tangan asing dalam Negara (kononnya) tapi dia la yang membenarkan TPPA memasuki Malaysia,mengambil yahudi  jadi penasihat dalam MAS dan PMO.
7. Mengatakan PAS adalah ajaran sesat tapi sekarang dah terhegeh-hegeh nak bersama PAS
8. Mengatakan pembangkang akan menggadai Malaysia jika berkuasa,tapi siapa yang sedang menggadai asset-aset Negara seperti EDRA ,Tanah Kem Sg Besi dan lain-lain sekarang ni?
9. Menggunakan AUKU untuk meyekat mahasiswa daripada berpolitik terutamanya dari sebelah pembangkang tapi mahasiswa sebelah pihak BN boleh  pula berpolitik.

10. Mengaku telus tapi rasuah dan penyelewengan makin berleluasa di bawah pentadbirannya.yang melaporkan penyelewengan dalam kerajaan ditangkap,pelaku penyelewengan dibiar bebas.

11. Mengutuk DAP dengan dasar Malaysian Malaysianya tapi dasar 1 Msia tu pun dah sama macam dasar DAP.

12. Mengaku berdarah pahlawan tapi hakikatnya pengecut.Ini dapat dibuktikan dengan ketidakhadiran beliau ke majlis sendiri iaitu Nothing to Hide dan Kongres Anti Rasuah pada tahun lepas.

13. Rakyat tidak terbeban dengan segala kenaikan,hakikatnya rakyat sedang meluat dengan segala macam penindasan terutamanya dari segala kos kenaikan sara hidup dan kini dengan GST.