DYMM DIKAITKAN DENGAN MO1 OLEH MP BN,MANA PERGI SUARA PAHLAWAN MELAYU?

SB rasanya amat bengang dengan kenyataan dungu yang dibuat oleh MP langkawi yang mengaitkan DYMM agung sebagai MO1 yang terbabit dalam skandal 1MDB.Beginikah rupanya manusia di dalam parti yang kononnya memperjuangkan agama,bangsa dan negara?Difahamkan  laporan polis telah dibuat ke atas MP Langkawi atas kenyataan biadap tersebut.

“Misteri mengenai siapa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1′ yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika berkaitan dakwaan penyelewengan dana 1MDB menjadi semakin kalut dengan kenyataan wakil rakyat Umno, Datuk Nawawi Ahmad.

Dalam tulisan di Facebook, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

“Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) – badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.

“Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.

“Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong,” katanya.

Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, “Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4.”

 

 

 

Di manakah pendirian SKMM dalam hal ni?Adakah SKMM hanya berani bertindak pada rakyat biasa sepertimana yang berlaku pada Ratu Naga yang tak sampai 24 jam didatangi 10 pegawai polis ibarat orang berbahaya  hanya kerana ungkapan comel,manja & lucu?Boleh baca di SINI .Yang peliknya sehingga sekarang  2 page (Suara rakyat & Johor Bangkit) yang turut menyebarkan perkara yang sama tidak diambil tindakan?.Mengapakah laporan polis yang dibuat oleh Ratu Naga ke atas blogger UMNO yang berniat mengaibkan TMJ dan Sultan Johor sebelum ini seolah-olah tidak diambil peduli?Jika Ratu Naga rakyat biasa boleh ditangkap dan dibicara rasanya tidak perlu ada double standard dalam kes MP  Langkawi dan blogger pro UMNO ini.Mana perginya Akta Sakit Hati serta Pahlawan Baju Merah,Pemuda Umno, dan lain-lain NGO kaki repot polis  kononnya memperjuangkan Melayu.Mana suara mereka apabila raja dihina dengan perkaitan sedemikian rupa?.kamu ini pejuang Melayu atau pejuang Najib?

ratu

Diharap pihak-pihak berkaitan tidak pilih bulu dalam menjalankan tugas

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s